Ahmad Razif menyampaikan Bantuan Pendidikan STPM 2017 kepada salah seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tersebut pada November ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan pendidikan berjumlah RM2.1 juta kepada 2,107 pelajar yang bakal menghadapi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bermula 15 November ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sepanjang Bantuan Pendidikan STPM diperkenalkan sejak 2008, kerajaan negeri sudah membelanjakan RM18.8 juta.
Katanya, Terengganu sememangnya mempunyai rekod terbaik sejak kebelakangan ini dalam peperiksaan tersebut.

"Kita sudah mencapai tiga tahun berturut-turut keputusan STPM terbaik di mana dalam keputusan STPM 2016, kita telah mencatat bilangan A meningkat dari 50 orang (2015) kepada 70 orang.
"Untuk tahun ini, kita meletakkan sasaran seramai 90 orang mencatatkan bilangan semua A," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2017 Yayasan Terengganu Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.
Dalam pada itu, Ahmad Razif, berharap
agar prestasi baik STPM pada tahun sebelumnya dapat diulangi pada tahun ini.
"Kalau kita berjaya ulanginya pada tahun ini kita akan dapat (terbaik) untuk tahun yang keempat berturut-turut.
"Kita yakin tahun ini. InsyaAllah kita berkeyakinan penuh dapat kekalkan sebagai juara," katanya. - teganukite.net