Tuesday, 26 December 2017
- December 26, 2017
- ketuapkp
- KOMUNITI , PELANCONGAN
Seramai 25 pasangan suami isteri menyulami pengalaman indah dan menarik apabila terpilih menyertai Proram Smartstart 2nd Honeymoon dalam houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Program dua hari satu malam berakhir 21 Disember lalu anjuran Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Teluk Ketapang, Kuala Nerus itu memberi pengalaman baharu kepada pasangan suami isteri yang sudah lama melayari kehidupan berumahtangga.
Pengerusi Penganjur, Md Azmi A. Aziz berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan membangkitkan semangat kemesraan di kalangan pasangan terbabit.
Katanya, sebahagian besar peserta yabg sudah mendirikan rumah tangga lebih 40 tahun dapat menikmati suasana baharu apabila menyertai program itu.
Beliau berkata, sepanjang mengikuti progran itu peserta dapat mengikuti ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh penceramah khas dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Kamarudin Ali merasmikan program itu.
Md Azmi berkata, menariknya program itu apabila diadakan di dalam bot dan peserta duduk bersila mendengar ceramah dalam sebuah dewan khas dalam bot berkenaan.
"Peserta solah-olah menikmati alam perkahwinan semula dan mengimbau zaman lampau tetapi dalam situasi yang berlainan, katanya.
Peserta, Rusini Hassan,55, berkata program itu menjadi kenangan manis dalam sejarah hidupnya kerana berbulan madu di dalam bot.
Katanya, walupun sudah berusia tetapi menerusi program itu ia membangkitkan kasih sayang pasangan suami isteri apa lagi ia diadakan dalam sebuah bot di tasik. - teganukite.net