Kakitangan Ukom dan kakitangan SKMM bergambar kenangan ketika Majlis Kunjungan Hormat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) mengadakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya,Selangor, hari ini bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan pelbagai aspek terutama berkaitan komunikasi dan media secara keseluruhannya.
Kunjungan hormat yang diketuai Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak membincangkan isu-isu berkaitan yang boleh membantu menaikkan imej kerajaan di mata masyarakat melalui saluran media dan penggunaan teknologi maklumat. Muda berkata, Ukom akan terus mendapatkan khidmat nasihat SKMM dan berkemungkinan akan mengadakan satu kolaborasi untuk menjayakan program berkaitan media. “Langkah itu perlu agar Ukom dilihat setaraf dengan agensi media arus perdana lain dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium antara kerajaan dengan masyarakat,”katanya dalam perbincangan itu
Turut hadir, Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Bahagian Pemantauan Dan Pematuhan SKMM,Sharizan Abdul Aziz; Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan SKMM,K Jusly Elis dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Muhd Aimin Mohd Tahir.
Zulkarnain berkata, pihaknya yakin satu transformasi baharu boleh dipertingkatkan Ukom terutama membabitkan bidang komunikasi seperti penggunaan media sosial, siaran berita menggunakan grafik,video dan sudut penceritaan. “Apa yang penting sumber maklumat yang mahu disampaikan adalah sahih dan tepat. “Sama seperti Ukom, SKMM turut mewujudkan portal khas iaitu sebenarnya.my untuk menyebar luas pelbagai isu yang sahih berkaitan kerajaan dan pihak yang berkepentingan,”katanya. - teganukite.net |
Thursday, 24 August 2017
Related Posts:
PRU14 : Persempadanan Semula Kelebihan Untuk BN Oleh : Ezzuan AhmadPersempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pil… Read More
500 Penduduk Besut Berpeluang Miliki Rumah Idris (tiga dari kiri) bersama Pehimi (dua dari kanan) Tengku Zaihan melihat model Projek Perumahan Rakyat Jertih. Foto oleh Hasmizi Hamid dan Mohamad Ishak Masalah mendapatkan tempat tinggal yang lebih seles… Read More
Penduduk Bandar Digalak Laksana Pertanian Bandar Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, … Read More
PRU14: Teruja Mengundi Kali Pertama Shahfimil dan Nor Azwana ketika bersiaran langsung di laman sosial di terengganu news dan terengganu times. Foto Tengku Syamim Tengku Tengku Ismail Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki seminggu dipen… Read More
PRU14 : BN Yakin Rampas Semula Tujuh Kerusi Oleh : Ezzuan Ahmad Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.Pengerusi Barisan Nasional Negeri Ter… Read More