Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, masyarakat tidak seharusnya memikirkan pertanian hanyalah untuk kawasan luar bandar namun sebenarnya setiap ruang yang ada boleh digunakan bagi mengusahakan pertanian.
“Hari ini saya ke Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Geliga Kemaman bagi tujuan pertanian dan saya percaya jika adanya kerjasama penduduk projek kebun komuniti bertambah baik.
“Pihak kami akan membantu dan memastikan ianya berjaya serta dijadikan contoh di tempat-tempat lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pertanian Bandar Penduduk di Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Kemaman, hari ini.
Menurut Ahmad Shabery, beliau kagum dengan apa yang dihasilkan sesetengah kawasan yang teratur dan teliti dalam mengusahakan aktiviti pertanian berkenaan.
“Ia juga melibatkan pemahaman bagaimana sistem perairan, fertigasi, membaja, tidak menggunakan baja bahan kimia dan konsep organik peringkat paling asas yang difahami oleh penduduk di sini.
“Kegunaan air paip sangat merugikan kerana kos yang tinggi dan tidak sesuai untuk pertanian dan mereka menggukan air dalam tanah dan ada yang memahami konsep bagaimana cara menadah air hujan,” katanya.
Ahmad Shabery berkata, di negara lain sudah mempraktikkan semua ruang dan dinding bagi mengusahakan penanaman secara menegak.
“Saya percaya dalam ramai-ramai ada komuniti kecil yang menggunakan masa terluang mereka untuk menjalankan pertanian tersebut dengan menggunakan keluasan tanah yang terhad itu,” katanya. - teganukita.net
Sunday, 6 May 2018
Related Posts:
PRU14 : Wanita UMNO Dungun Nekad Serang Habisan Oleh : Ezzuan AhmadPergerakan Wanita UMNO Dungun akan melancarkan perang habis-habisan ke setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi bertemu pengundi sepanjang tempoh berkempen.Ketuanya, Datuk Zainun Abu Bakar berkata … Read More
Kerajaan Negeri Peruntuk RM516,780 Caruman Perkeso Guru KAFA Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri mem… Read More
PRU14 : 1,500 Petugas SPR Lancarkan Proses Penamaan Calon Kemaman Seramai 1,500 anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga bagi melancarkan proses penamaan calon Parlimen Kemaman, Sabtu ini.Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Mat Azahar berkata, pihak SPR mengadakan sebagai per… Read More
PRU14 : Penamaan Calon Di Hulu Terengganu Berlangsung Aman Proses penamaan calon bagi Parlimen Hulu Terengganu berjalan dengan lancar, walaupun selesai selepas empat jam borang pencalonan dihantar kepada petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.Proses… Read More
Lantik Profesor Jadi Penasihat- Ahmad Razif Ahmad Razif ketika berada pada Program Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri Terengganu Kerajaan negeri akan melantik profesor serta pakar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seb… Read More