Sunday, 6 May 2018
Oleh : Ezzuan Ahmad
Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keyakinan tersebut disuarakan selepas melihat momentum sokongan rakyat terhadap parti tersebut di semua kawasan terbabit sudah mula menunjukkan peningkatan yang sangat baik.
"Saya dapat melihat momentum ini meningkat sepanjang tempoh berkempen dan saya yakin ianya akan bertambah lagi.
"Memang sebelum ini ada berlaku isu di kalangan ahli parti selepas pengumuman calon dan kebangkitan tersebut dapat dilihat selepas semua isu sudah selesai" katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura, malam tadi.
Menteri Besar berkata, selain tujuh kerusi utama tersebut, beberapa kerusi lain yang menjadi kubu kuat pembangkang seperti DUN Sura juga akan dirampas dari pembangkang.
"Peningkatan sokongan ini adalah disebabkan oleh kekuatan jentera parti yang bertungkus lumus dan penghijrahan ahli UMNO yang dianggap musuh dalam selimut yang menyertai Parti Pribumi,
"Kita sudah nampak pada hari ini di mana ahli yang menjadi gunting dalam lipatan, yang mensabotaj parti sudah menyertai pembangkang, ini adalah kelebihan pada kami (BN) meskipun bertanding tiga penjuru" katanya.
Ahmad Razif menjelaskan, dengan peningkatan sokongan sedemikian, sejarah 2004 apabila BN memenangi 24 kerusi dijangka dapat berulang kembali.
Pada PRU13 lalu, tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis ialah DUN Rantau Abang (majoriti tewas 141 undi), Tepoh (229), Manir (588), Bukit Payung (613) , Bukit Tunggal (652) dan Ladang pula 924 undi. - teganukita.net
Related Posts:
PRU14 : BN Optimis Rampas Alor Limbat, Bukit Payong A. Latiff ditemuramah media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Marang. "Kita yakin akan mendapat kembali dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang pernah dimenangi Baris… Read More
PRU14 : Pemimpin UMNO Besut Janji Tidak Khianati Parti Pemimpin UMNO Besut sepakat berjanji tidak akan mengkhianati parti jika mereka tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) ini.Pemimpin berkenaan, Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pe… Read More
PRU14 : Wan Nawawi Sedia Bertanding Wan Nawawi ketika menjawab soalan Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, pagi ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato… Read More
PRU14 : Turun Caj Tol LPT2, 40,000 Peluang Kerja Dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menurunkan bayaran tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 50 peratus secara berperingkat-peringkat, mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, peluang pekerjaan dan p… Read More
PRU14 : PPBM Umum Calon Di Tiga Parlimen, Lapan DUN Razali (lima dari kanan) bersama calon-calon PPBM yang akan bertanding pada PRU14 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu mempertaruhkan pengerusinya, Dato' Razali Idris, 52, sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu… Read More