Sunday, 6 May 2018
Oleh : Ezzuan Ahmad
Persempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti.
Mantan ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohamed Adib berkata, persempadanan semula itu memberi peluang kepada BN untuk merampas kembali tiga daripada empat kerusi DUN yang dipegang pembangkang.
Katanya, pun begitu, beliau mengakui BN mungkin terpaksa berhadapan dengan tugas berat, tetapi tetap berkemampuan merealisasikan hasrat tersebut menerusi kerja keras jentera parti.
"Sekiranya tiga kawasan iaitu DUN Sura, Rantau Abang dan Paka dapat ditawan kembali, adalah peluang cerah untuk memenangi kerusi parlimen juga. Mereka (Pas) tidak menjalankan kerja sebagai wakil rakyat dan rakyat sudah muak dengan cara mereka dan inginkan perubahan,
"Rakyat juga harus sedar tentang apa yang telah terjadi pada tahun 1999 di mana mereka bertindak kejam dengan menghalau kanak-kanak dari kelas tadika dan beberapa perkara lain demi kepentingan politik peribadi mereka"katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura yang dihadiri oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, malam tadi.
Katanya, rakyat sudah mula sedar bahawa pembangkang tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka dan rakyat sudah merasa peritnya sekarang.
Za'abar pernah menjadi ADUN Rantau Abang selama dua penggal (1999 sehingga 201) sebelum tewas kepada calon Pas, Alias Harun pada PRU13. - teganukita.net
Related Posts:
DUN Telemong Mahu Ulangi Sejarah Manis PRU12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong akan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mengulangi sejarah pada PRU12 sebagai DUN yang memenangi majoriti dengan undian terbanyak… Read More
UMNO Terengganu Tiada Masalah Pertahankan Kemenangan PRU14 Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersedia berdepan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja. Setiausaha UMNO negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof berkata, parti Barisan Na… Read More
Sambutan Luar Biasa Rakyat, Bukti UMNO Dan BN Kekal Relevan Ahmad Razif turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. sempena lawatan sehari beliau ke DUN Ladang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismai… Read More
Sidang DUN: Kerjasama UMNO, Pas Penting Demi Pertahankan Kedaulatan Islam Ahmad Razif berbual bersama pemimpin Pas sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Kerjasama antara parti UMNO deng… Read More
Kelab Sahabat N87 Terengganu Sasar 16,000 Ahli Menjelang Hujung 2017 Ahmad Razif (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat berdiri menyanyikan lagu `Negaraku' sempena pelancaran Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim T… Read More