Sunday, 6 August 2017
Kerajaan negeri akan membantu keluarga mangsa yang kehilangan ketua keluarga akibat lemas dalam kejadian bot terbalik di muara Kuala Dungun, Rabu lalu.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya memahami kesukaran yang sedang dihadapi keluarga kesemua empat mangsa yang seorang daripadanya ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang serta akan memastikan mereka dibantu segera.
" Kerajaan memahami keperitan yang sedang keluarga mangsa hadapi. Jadi kita akan bantu sedaya upaya dengan kadar termampu untuk meringankan kesengsaraan mereka," katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada isteri dan waris kesemua mangsa kejadian.
Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau tugas menyelamat oleh agensi terlibat di muara Kuala Dungun, petang ini.
Ahmad Razif turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih dengan komitmen serta kekuatan anggota penyelamat yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan dibantu persatuan nelayan sejak insiden malam Rabu lalu.
Sehingga kini, tiga mangsa, iaitu Mohd Zawawi Mohamad, 24, Che Mohd Afendi Ismail, 34 dan Abd Wahab Zakaria, 44, belum ditemui dan gerakan mencari terus giat dijalankan termasuk mengesan menerusi unit udara.
Mayat seorang daripada empat mangsa yang hilang, Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui 8.50 pagi semalam, 300 meter dari kawasan bot dipercayai karam itu.
Dalam laporan sebelum ini, empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka ke Kuala Dungun terbalik dalam kejadian 10 malam 2 Ogos lalu.
Seorang lagi mangsa, Mohd Shahrin Yaccob, 33, selamat selepas berjaya berenang ke daratan.
Mereka dikatakan dalam perjalanan masuk ke Kuala Dungun selepas pulang dari menangkap ikan.
Sebelum kejadian, lima nelayan itu menaiki bot besar dan gagal memasuki Kuala Dungun berikutan keadaan sungai yang cetek.
Mereka kemudiannya melabuhkan bot besar yang dinaiki di luar kuala berkenaan sebelum menggunakan bot gentian kaca untuk memasuki Kuala Dungun.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan itu, bot mereka dikatakan dipukul ombak besar dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam laut. - teganukite.net
Related Posts:
Pusat Sembelihan Pertama Di Terengganu Miliki Sijil Halal Kompleks Abatoir Kuala Terengganu (KAKT) di Gong Badak, Kuala Nerus yang mampu menyembelih 40 ekor lembu atau kerbau sehari mendapat pengiktirafan sijil halal pertama di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertania… Read More
TM Terengganu Serah Zakat Perniagaan RM225,141 Hamidun menyerahkan replikat cek zakat perniagaan TM Terengganu berjumlah RM225,141 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Miadam, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Telekom Malaysia (TM) Terengg… Read More
90 Peluncur Udara Terbang Di Kota Putera, Besut Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Me… Read More
Maidam Anjur Buka Puasa, Sahur Sepanjang Ramadan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan bersahur di semua hospital seluruh negeri sepanjang Ramadan ini. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Isma… Read More
RM489 Juta Untuk 33,476 Usahawan Sepanjang 2016 Sejumlah RM489 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 33,476 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sepanjang tahun lalu, berbanding RM486 juta kepada 41,358 usahawan IKS pada 2015. Daripada jumlah pembiay… Read More