Tuesday 9 May 2017


Kompleks Abatoir Kuala Terengganu (KAKT) di Gong Badak, Kuala Nerus  yang mampu menyembelih 40 ekor lembu atau kerbau sehari mendapat pengiktirafan sijil halal pertama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof , berkata pusat sembelih yang dikendalikan  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) Terengganu itu antara lapan pusat sembelihan di negara ini berstatus halal.


Katanya, dengan kewujudan pusat sembilahan halal yang diiktiraf pada pada 1 Februari lalu itu berupaya menyakinkan orang ramai tentang kebersihan dan bebas daripada sebarang penyakit.

“Oleh itu, penduduk setempat dan perternak disaran mengambil peluang yang ditawarkan JPV yang hanya mengenakan kadar harga RM70 untuk setiap sembelihan, siap dengan kerja-kerja melapah dan dipotong kepada empat bahagian,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Halal di kompleks abatoir itu, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Vetarinar), Dato’ Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.

Katanya, pusat yang ditubuhkan 21 tahun lalu menempatkan pelbagai kelengkapan canggih, termasuk mesin mark IV bertujuan mengekang ternakan sebelum melalui proses penyembelihan.


“Meat Inspector (pemeriksa daging) pula untuk memastikan daging yang dikeluarkan adalah bersih dan selamat dimakan.

“Lengkap dengan  penandaan cop lagenda iaitu sebagai pengesahan pemeriksaan daging dan tanda kod premis,”katanya.


Manakala pula tag penandaan karkas pula sebagai jaminan produk yang dikeluarkan  selamat, halal dan bersih  sebelum dijual di pasaran tempatan. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan