Tuesday, 18 July 2017


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kian rancak mempromosikan Tasik Kenyir dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tasik buatan manusia yang terbesar di asia itu.

Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail berkata, promosi yang diadakan itu sebagai langkah awal untuk mempersiapkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai tidak lama lagi.

Katanya, tirai pelancongan Ketengah dimulakan pada awal Julai dengan program 'Kenali Kenyir' bersama media arus perdana Terengganu dan lawatan media 'influencer' Jepun yang dianjurkan  baru-baru ini.

"Seterusnya kita ada lawatan pembelajaran ke Tasik Kenyir oleh Pemandu Pelancong Malaysia yang melibatkan seramai 95 orang pada 19 Julai ini dan Lawatan peserta Global Tourism Conference (paper presenter & international participants)pada 22 Julai ini.

"Pada 24 Julai,program Moh Jalan-Jalan 2017 bersama RTM Negeri Sembilan diikuti Lawatan MATTA inbound agents ke Tasik Kenyir pada
27 hingga 28 Julai dan penutup bagi promosi Julai dengan Kembara Kenyir 2017 anjuran Kerajaan Negeri,Jabatan Pengangkutan Jaln(JPJ) & Skuad Muda 1JPJ (TBC) bermula 27 hingga 30 Julai,"kata Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Raya Ketengah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.



Menurutnya lagi, program yang dirancang sepanjang bulan itu bertujuan menarik pelancong sekali gus mempromosikan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai yang bakal dirasmikan tidak lama lagi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sementara itu, hampir 2,000 pengunjung diraikan dalam majlis tersebut dengan pelbagai juadah istimewa di samping berpeluang menaiki rumah bot secara percuma mengelilingi Tasik Kenyir. - teganukite.net

Related Posts:

  • Penggiat Pelancongan Perlu Proaktif Tengku Zaihan bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Matta Familiarisation Trip di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Penggiat pelancongan disarankan agar lebih proaktif dalam mereb… Read More
  • Jualan Bebas Cukai Tasik Kenyir Fasa 1 Tiada Produk Berduti Tinggi Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.Pengurus Besar Lemb… Read More
  • JPNT Perkenal Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menganjurkan Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan dalam usaha menyemarakkan rasa kecintaan terhadap seni dan warisan gamelan negeri.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata beng… Read More
  • Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Bermula Hari Ini Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. Tg Syamim Tg Ismail. Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir memberi nafas baharu kepada … Read More
  • Houseboat Tasik Kenyir Dapat Sambutan Tinggi Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara seluas 2,600 kilometer persegi dan memiliki 340 pulau kecil.Sebelum ini, ia menjadi tarikan kepada pelanc… Read More

Demi Masa

AHAD, 15 Jun 2018
4:35 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75674
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan