Sunday, 30 July 2017
-
July 30, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menganjurkan Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan dalam usaha menyemarakkan rasa kecintaan terhadap seni dan warisan gamelan negeri.
Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata bengkel tersebut diadakan sempena Festival Gamelan Sedunia yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 Ogos nanti.
Katanya, usaha tersebut dijalankan bagi mencari serta memupuk bakat-bakat baru dalam seni gamelan selain menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik tarian gamelan.
"Penglibatan lebih 30 pelajar berusia dalam lingkungan 10 hingga 16 tahun dari tiga sekolah di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berdasarkan kepada minat mereka dalam seni gamelan ini.
"Selain itu, kita juga ingin menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik dan tarian gamelan kepada mereka seawal usia agar mereka dapat menghayati emosi persembahan muzik gamelan ini sendiri," katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pra Perasmian Festival Gamelan Sedunia di Warisan Sari, Kuala Nerus, hari ini.
Tambah Tun Faisal, pengajuran Festival Gamela Sedunia diharapkan dapat menjadi platform dalam meningkatkan jalinan interaksi serta pertukaran idea dan pengalaman ke arah kemantapan penghayatan pengetahuan seni.
Katanya, festival tersebut juga bakal menonjolkan dimensi baru dalan memartabatkan persembahan muzik dan tarian gamelan.
Dijangkakan seramai 220 peserta akan melibatkan diri dalam festival tersebut termasuk empat kumpulan dari luar negara.
Antara kumpulan yang akan melibatkan diri adalah dari Istana Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. - teganukite.net
Related Posts:
Tengku Muhammad Agih Sumbangan Raya Kepada 300 Golongan Asnaf Di Setiu, Besut Yang Dipertuan Muda Terengganu mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Seramai 300 golongan asnaf terdiri anak yatim, mualaf, orang miskin dari Besut dan Setiu menerima … Read More
Agih 2,000 Batang Lemang Kepada Pengguna LPT2 Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur k2 (LPT2) dalam masa dua hari di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, semalam.Timbalan Exco Pelancongan II Jawatankuasa Pelancong… Read More
Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Kakitangan HSNZ Dr Alias menyerahkan pek juada berbuka puasa kepada salah seorang kakitangan HSNZ sempena Program Penyampaian Makanan Kepada Waris Pesakit dan Kakitangan HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ism… Read More
4,966 Saman Op Selamat Dalam Tempoh Empat Hari Sebanyak 4966 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini oleh Polis Kontinjen Terengganu dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 13/2018 dilancarkan. Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, saman… Read More
Terengganu Cadang Laksana Madinah Ramadan Di Setiap Daerah Para tetamu bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan dalam program Madinah Ramadan, malam tadi. Kredit foto Ammar PokLan'k Kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan program Madinah Ramadan ke s… Read More