Tuesday, 1 August 2017
-
August 01, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, pelancaran operasi jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir pada hari ini bermula di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas yang dijangka beroperasi pada 1 Ogos tahun depan.
Katanya, Ketengah mensasarkan untuk menarik 750,000 orang pengunjung pada tahun ini bagi menyemarakkan lagi pelancongan di Tasik Kenyir.
"Barangan utama Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, minyak wangi serta bagasi.
"Dengan bermulanya operasi ini, akan menjadi satu titik tolak kepada pembangunan yang lebih pesat dan berimpak tinggi di Tasik Kenyir," katanya di majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Pengurus Besar Ketengah,Omar Ismail dan juga Timbalan Pengerusi Ketengah, Dato' Din Adam.
Beliau berkata, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir juga akan berganding bahu dengan tarikan yang ada seperti Kenyir Island Hopping, Santuari Kelah dan Perkampungan Konservarsi Gajah Kenyir (KECV) bagi memperkasakan Tasik Kenyir menjadi 'Destinasi Wajib Lawat' di Terengganu.
"Di samping itu, penduduk tempatan juga akan sama-sama menikmati hasil daripada pembangunan di Tasik Kenyir dengan peluang-peluang perniagaan dalam pelbagai bidang akan terbuka dengan lebih luas.
"Misalnya dengan pertambahan bilangan pengunjung, di Tasik Kenyir kini mempunyai rumah bot sebanyak 72 buah dan 42 buah bot laju yang memberikan hasil pendapatan kepada pengusaha-pengusaha tempatan,"katanya.
- teganukite.net
Related Posts:
Memahat Sejarah, 3,000 Pelancong Luar Negara Tiba Sekali Gus Sempena Beautiful Terengganu 2017 Wow! Di luar dugaan - mencipta rekod, memahat sejarah seramai 3,000 orang pelancong luar negara iaitu negara ASEAN bakal membanjiri Terengganu pada 2 hingga 4 Januari depan.Inilah permulaan yang terbaik kepada usaha keraja… Read More
Tawaran Diskaun 50 Peratus Untuk Program ‘EduTourism’ Pengusaha homestay tempatan bakal menawarkan diskaun menarik sehingga mencecah 50 peratus untuk program ‘EduTourism’ sebagai menyokong usaha kerajaan negeri menggalakkan kedatangan pelancong luar ke negeri ini sempena Tah… Read More
Penduduk Kampung Sambut Baik Penganjuran Batangan Jamboree 2016 Petugas membersihkan kawasan sebagai persiapan penmganjuran program Batangan Jamboree 2016, Sabtu ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Penduduk Kampung Batangan, Marang, menyambut baik usaha kerajaan dan penganjur program… Read More
Rimba Hotel Tawar Hidangan Tradisi Sempena TMT 2017 Rimba Hotel anak syarikat Rimba Jaya Development Sdn Bhd menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam mempromosi masakan tradisional Terengganu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017. Pengurus Ri… Read More
Bukit Kor Dan Kampung Dondang, Marang, Bakal Dikenali Sebagai Kampung Warisan Kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan perkampungan Bukit Kor dan Kampung Dondang, Marang sebagai destinasi tumpuan pelancongan yang dikenali sebagai Kampung Warisan, mulai pertengahan tahun depan. Ahli Dewan Und… Read More