Tuesday, 4 July 2017


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM40,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pengadang Baru, Kepong, Kuala Terengganu bagi membina kediaman baharu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan rumah mangsa Minah Endut, 62, akan dipercepatkan dengan memulakan kerja-kerja pembersihan pada Sabtu ini atau sebaik selesai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri membuat penyiasatan menyeluruh punca kejadian itu.


“Pembinaan rumah mungkin mengikut kehendak pemilik rumah dengan menggunakan peruntukan yang diagihkan.

“Saya menyerahkan perkara itu kepada Makcik Minah untuk mencari kontraktor yang bersesuaian bagi membina rumah baharu secepat mungkin,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian, petang ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.


Menurut Ahmad Razif, beliau turut terkesan dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kehilangan nyawa mangsa, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31,  iaitu isteri kepada  Abdul Mukmin Ahmad, 35, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kira-kira empat bulan lalu.

“Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berlaku, apatah lagi sekarang ini musim panas,”katanya.

Sementara itu, Minah berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar kerana sanggup turun padang mendengar kisah malang mereka sekeluarga dan memahami situasi rakyat yang sedang ditimpa musibah sekali gus meluluskan RM40,000 untuk mereka membina rumah baharu.


Katanya, dia akan mendapatkan kontraktor bersesuaian untuk membina semula rumah di tapak yang sama secepat mungkin untuk mereka sekeluarga berteduh dan memulakan hidup baru selepas kejadian itu.

“Buat sementara waktu, saya bersama Abdul Mukmin akan mendiami rumah anak yang tidak jauh dari sini," katanya yang mempunyai 14 anak dan Abdul Mukmin anak yang ketujuh. - teganukite.net

Related Posts:

  • 54 Mangsa Banjir Masih Tinggal Di Pusat Pemindahan Sebuah pusat pemindahan sementara masih dibuka di negeri ini bagi memberi pelindungan kepada 54 orang daripada sembilan keluarga berikutan keadaan banjir semakin reda setakat pukul 10 pagi ini. Menurut kenyataan banjir… Read More
  • Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-k… Read More
  • Jumlah Mangsa Banjir Menurun Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam. Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terenggan… Read More
  • LTdL 2017: TSG Mungkin Tarik Diri Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) berkemungkinan akan menarik diri dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijangka bermula pada 22 Februari hingga 1 Mac ini . Menteri Besa… Read More
  • 12 Barangan Harga Terkawal Sempena Tahun Baru Cina 2017 Nawi (tengah) melihat 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Zulki… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
2:37 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan