Wednesday, 5 July 2017


Syawal memberi limpahan rezeki buat seorang warga emas yang mengusahakan jualan air cendol di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu apabila banyak menerima tempahan terutama untuk majlis rumah terbuka.

Mengekalkan resepi tradisional dan hanya menggunakan bahan asli, perniagaan diusahakan Safril Dalil, 60, atau dikenali sebagai Pak Safril sejak 30 tahun lalu mampu memberi pulangan berlipat kali ganda setiap kali kedatangan Aidilfitri.

Warga emas yang berasal dari Wakaf Mempelam itu berkata, lazimnya pada hari biasa dia hanya menjual sekitar 100 gelas air cendol, namun pada bulan Syawal dia terpaksa menggandakan bahan yang dijual disebabkan permintaan tinggi.

“Pakcik jual air cendol ini sudah lama sejak anak baru pandai merangkak dan sekarang dia pun dah mempunyai anak sendiri, pakcik masih kekal berniaga sebagai mata pencarian utama keluarga dengan dibantu isteri.

"Inilah pekerjaan pakcik dari dulu sampai sekarang dan Alhamdulillah dengan rezeki ini kerana kalau tidak kita sendiri berusaha mana mungkin dapat menyara kehidupan sehingga anak-anak dewasa dan berdikari sendiri,” ujar bapa kepada empat orang anak itu kepada Teganukita, hari ini.

Safril berkata, bagi menjamin kualiti yang terbaik untuk pelanggan, dia masih mengekalkan bahan-bahan tradisi seperti manisan gula melaka, kacang merah, cendul dan juga pulut yang mampu memenuhi selera pelanggan.

"Alhamdulillah musim raya ini permintaan terhadap cendol pakcik agak memuaskan, termasuk untuk majlis rumah terbuka, perkahwinan, jamuan keluarga dan sebagainya,” ujarnya yang turut menjual rojak buah dengan menggunakan motosikal, selain dibantu abangnya setiap kali menjalankan urusniaga itu. - teganukite.net

Related Posts:

  • RM9.3 Juta Hasil Tanaman Jagung Sepanjang Tahun Lalu Sebanyak RM9.3 juta berjaya diraih hasil tanaman jagung oleh 339 petani di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dat… Read More
  • Pusat Membeli-Belah Sogo Di Mayang Mall Sultan Terengganu menandatangani plak pelancaran projek pembinaan Pembangunan Pusat Membeli Belah Mayang Mall, di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Bandar Raya Kuala Terengga… Read More
  • NFK Farm Prima Bangkit Selepas Jatuh Gagal sekali bukan bermakna pengakhiran. Ungkapan yang sesuai buat pemilik ladang kambing, NFK Prima Farm yang pernah berhadapan dengan situasi kegagalan apabila ternakannya kurang menjadi tujuh tahun lalu. Berkongsi c… Read More
  • Pusat Beli-Belah Sogo Tawar 3,000 Peluang Pekerjaaan Ahmad Razif memerhatikan pertukaran dokumen antara PHB dan Sogo pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pembinaan pusat beli-belah berprestij, Mayang Mall, di … Read More
  • `Nisan Kerek' Kampung Jenang Istimewa Kampung Jenang, Marang sememangnya terkenal dengan aktiviti desa seperti menangkap ikan, menganyam atap daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.Manisan atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan kerek', cukup un… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:25 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan