Monday, 3 July 2017

Ahmad Razif (tengah) bersama bergambar bersama sebahagian Penolong Pegawai Tanah di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.

“Kita sudah mengenal pasti 5,900 lot tanah di seluruh negeri yang akan diiklankan dalam masa terdekat untuk dipohon oleh mereka yang layak.

“Awal bulan depan kita akan iklankan di seluruh pejabat tanah dan pusat khidmat DUN serta melalui media,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Hussin Tengku Abdul Jalil serta Yang Dipertua KPPTSM, Mohd Fauzi Ngah.

Menurut Ahmad Razif, konsep pembahagian lot-lot tanah ini adalah mengikut kaedah yang sama sepertimana pembahagian rumah mampu milik.

“Program ini akan diberikan kepada mereka yang cukup syarat termasuk daripada segi gaji, status perkahwinan serta belum mempunyai tanah sendiri.

“Syarat-syarat lain akan ditentukan pihak pentadbir tanah dan kepada mereka yang pohon, yang layak akan dipanggil menjalani temuduga dan bagi permohonan yang diluluskan perlu membina rumah dalam tempoh tiga tahun selepas permohonan mereka berjaya,"katanya.

Katanya, program ini adalah satu cara menangani masalah 3P yang merangkumi pendapatan, pekerjaan dan perumahan serta menjadi fokus kerajaan bagi membantu rakyat mengatasi masalah berkenaan.


Sementara itu Ahmad Razif berkata, bagi mereka yang tergolong dalam kategori miskin, kerajaan negeri menyediakan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM64 juta.

“Sebanyak 40,000 unit akan dibina dan kita sudah memberi peruntukan kepada setiap DUN untuk bina dan baiki iaitu sebanyak RM2 juta untuk setiap DUN.

“Kepada mereka yang dapat tanah tetapi tidak mampu membina rumah, boleh memohon bantuan rumah PPRT,” ujarnya.

Menurut Ahmad Razif lagi, sehingga kini, Daerah Setiu merekodkan tanah paling banyak kosong yang boleh dibangunkan kediaman serta bagi yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk perlu menjelaskan bayaran 10 peratus daripada nilai sebenar tanah berkenaan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Gabung NGO, Wakil Rakyat Hangatkan Persidangan DUN Muda Mohd Zubir menyampaikan sijil kepada pembahas terbaik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Muda Persatuan Pandu Puteri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri… Read More
  • Wan Nawawi Terima Pengiktirafan Bomba Wan Nawawi dipakaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Wan Mohd Nor Ibrahim dalam Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah  Setiausaha Ke… Read More
  • SPNB Bina 248 Unit RIR Di Kuala Ping Ahmad Razif bersama penduduk menjamu selera Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 248 unit Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, dalam tempoh terdekat.Projek di kawasan lapan hekt… Read More
  • Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu  yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad Ishak Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama … Read More
  • Pemohon Baharu Perlu Isi Borang Dana Perayaan Pemohon baharu Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 yang  memenuhi syarat kelayakan perlu mengisi borang yang dipaparkan  melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my. Manakala penerima tah… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
5:08 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74655
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan