Monday, 5 June 2017


Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu(JHEAT) mengarahkan masjid-masjid utama di seluruh Terengganu mengamalkan solat sunat tarawih 20 rakaat dan tiga witir melalui pekeliling yang berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, saranan ini dibuat berdasarkan pandangan para ulamak, cendikiawan dan ilmuwan Islam dan kita mahu mencontohinya kerana menuruti amalan yang terbaik di negeri ini.

Jelasnya lagi, situasi yang ada dalam negeri turut diambil kira kerana keadaan yang aman, tiada permasalahan malah sebahagian besar masjid yang ada cukup selesa untuk beribadat.

"Kalau kita lihat, sebahagian besar masjid dilengkapi dengan alat penghawa dingin dan ada sesetengahnya mempunyai kipas besar yang sangat selesa untuk jemaah mengerjakan solat (tempoh yang panjang).

"Jadi tidak timbul masalah kenapa tidak boleh mengerjakan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat bersama tiga rakaat witir.

"Itu yang kita sarankan dan kita dapati para imam tidak membaca surah yang yang panjang, hanya surah yang pendek sahaja dan 20 rakaat itu mampu disiapkan pada jam 10 malam sahaja,"kata Ghazali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Ajil di Hotel Sumai,Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.


Ghazali juga berkata, kepada masjid-masjid yang mempunyai permasalahan tertentu, pihak imam atau Pengerusi Jawatankuasa Masjid boleh mempertimbangkannya mengikut ketentuan.

"Kepada jemaah yang ada urusan atau masalah kesihatan, kita tidak larang malah mereka boleh berhenti setakat lapan atau ingin meneruskan sebanyak 20 rakaat..itu terpulang kepada mereka,ikut kemampuan masing-masing.

"Jadi tidak akan timbul tekanan atau 'stress' lagipun ini salah satu latihan yang baik kepada jemaah. Pada siang hari kita berpuasa dan malamnya kita solat tarawih sebagai satu terapi kerana setiap pergerakan dalam solat menambahkan kesihatan dari satu sudut,"katanya lagi.

Jelas beliau lagi, tidak ada tindakan atau denda akan dikenakan kepada masjid yang gagal mematuhi arahan ini kerana soal ibadat terpulang kepada keikhlasan masing-masing, bagaimanapun JHEAT cuma memainkan peranan  untuk menyarankan amalan terbaik di Terengganu. - teganukite.net

Related Posts:

  • Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh 27 Julai Ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput orang ramai ke Program Cerapan Fenomena Gerhana Bulan Penuh  bertempat di Masjid UniSZA Kampus Gong Badak, pada 27 Julai ini, bermula jam 8.00 malam.Program bertujuan … Read More
  • Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktivi… Read More
  • Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyu… Read More
  • Masalah Bau Busuk Dari Kilang Industri Kerteh Dijangka Selesai Alias Razak Masalah bau busuk dari sebuah kilang  memproses makanan haiwan di kawasan perindustran Kerteh , Kemaman, yang membelenggu penduduk di sekitar Bandar Paka sejak sekian lama dijangka akan selesai apabila pih… Read More
  • 79 Mat Rempit Subuh Secara Berjemaah Superitenden Mohd Said Ibrahim. Seramai 79 Mat Rempit dibawa menunaikan solat Subuh secara berjemaah selepas ditahan kerana melakukan kesalahan berlumba haram dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman, semalam.Ope… Read More

Demi Masa

SELASA, 15 Julai 2018
7:14 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

76096
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan