Monday, 5 June 2017


Lebih 1,000 jemputan memeriahkan majlis berbuka puasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang berlangsung di Dewan Limbongan, Kampung Raja, semalam.

Sempena majlis itu, turut diadakan penyampaian bantuan kewangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN berkenaan.

Sumbangan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu membabitkan 40 surau dan masjid bertujuan membantu institusi agama itu menjalankan aktiviti masing-masing sepanjang Ramadan.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin kerajaan negeri serta pegawai kanan daerah Besut.


Antara yang hadir ialah Speaker DUN Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Rashid Jusoh dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Terengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut u… Read More
  • TDM Berhad Perluas Rezab Tanah Sawit TDM Berhad telah Memeterai Kepala Perjanjian (HOA) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan 42.64 peratus di dalam Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat… Read More
  • 64 Usahawan Kraf Terengganu Sertai HKK 2017 Seramai 64 usahawan kraf dari Terengganu menyertai pameran dan jualan produk kraf bersempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 yang bermula 22 Februari hingga 6 Mac depan. Pengarah Pelancongan Negeri Terengga… Read More
  • Gejala Ponteng 'Ibu' Segala Masalah Disiplin Semua sekolah di Terengganu diminta menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Anti Ponteng bagi menangani gejala ponteng di negeri ini, Jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kom… Read More
  • MB Hadiahkan Plat TN50 Untuk PM Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran plat 'TN50' kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri yang membawa … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan