Sunday 29 July 2018


Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyuarakan hasrat itu ketika sesi dialog bersama lebih 100 pengusaha kebun durian Parlimen Marang, di Pasti Al- Jannah, Kampung Jerung Surau, semalam.

Pegawai Pertanian daerah, Siti Aishah berkata, isu utama yang diutarakan pengusaha adalah menaik taraf jalan yang digunakan pekebun selain kursus dalam meningkatkan kualiti buah dan merawat penyakit pokok serta cara terbaik mengatasi musuh tanaman.

"Jalan diakui merupakan masalah utama pekebun. Ini kerana, bagi jalan mendaki yang menghampiri (menegak) 90 darjah, material yang perlu digunakan adalah simen supaya lebih selamat. InsyaAllah, ia akan diselesaikan segera," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong juga menyambut baik usaha itu.

"Sambutan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha kebun durian sangat baik. Cadangan dan pendapat yang diberikan akan dipertimbangkan pelaksanaannya," katanya.



Majlis berkenaan dimeriahkan dengan jamuan makan durian dan pulut durian secara beramai-ramai. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan