Monday, 22 May 2017

Ahmad Razif dan  Syahrul Yasin (enam dari kiri) selepas Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Zulkifli Putra

Terengganu menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan sumber manusia supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dan keuntungan bersama.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama yang turut berpotensi untuk dibangunkan bersama termasuklah bidang kebudayaan dan pada peringkat awal, kedua-dua pihak mungkin boleh menganjurkan Pesta Budaya Terengganu - Sulawesi Selatan sebagai acara tahunan. 

“Pendekatan ini pastinya boleh memupuk persahabatan yang lebih akrab dan menjadi tarikan pelancong ke kedua-dua negeri.


“Dalam konteks ini, saya amat gembira kerana kedua-dua belah pihak iaitu pemerintah Sulawesi Selatan yang dipimpin oleh Gabenor Pak Syahrul dan saya sendiri selaku Menteri Besar Terengganu akan mengadakan mesyuarat pada petang esok (hari ini)  untuk meneroka kerjasama yang lebih konkrit antara kita,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Neger, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.


Sementara itu, Syahrul memberitahu, beliau berharap hubungan antara Sulawesi Selatan dan Terengganu akan lebih akrab  terutama melibatkan kerjasama perdagangan.

“Cukup rugi untuk melepaskan peluang yang ada kerana kedua-kedua wilayah ini banyak persamaannya, terutama berkaitan budaya, bahasa, makanan dan seni bina, - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk Toh Seng Cheng Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Ca… Read More
  • Kerajaan Konsisten Bantu Rakyat-Halina Halina menyampaikan sumbangan Serikandi Terengganu kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Burok di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Ole… Read More
  • Kerajaan Negeri Terima RM57.1 Juta Dari UniSZA Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah menyempurnakan penyerahan ‘Mock Cheque’ RM57.1 Juta kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di TH Hotel, hari ini Kerajaan … Read More
  • PRU14: Pengundi Kuala Terengganu Perlu Bijak Buat Pilihan Wan Nawawi berkata sesuatu kepada Zamri ketika menghadiri Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu … Read More
  • PRU14: Zamri Sedia Galas Amanah Demi Kebajikan Rakyat Zamri Calon Barisan Nasional (BN) DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam bersedia menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Katanya, be… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:57 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan