Ahmad Razif (tengah) melihat model projek selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang. Foto oleh Tengku Syamim tengku Ismail
Projek Puncak Temala bakal menyediakan 685 unit kediaman dan unit komersil, satu lagi lakaran cerita kejayaan kerajaan negeri untuk penduduk Wakaf Tapai, Marang dan sekitarnya.
Pembinaan di kawasan berkeluasan hampir 27 hektar melibatkan tiga fasa merangkumi 100 unit rumah berkembar, 349 unit rumah teres, 160 unit rumah mampu milik dan 76 unit kedai pejabat serta satu lot tapak komersil berhadapan jalan raya utama. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembangunan perumahan baharu menerusi syarikat pemaju, Temala Development Sdn Bhd (TDSB ) akan menyemarakkan lagi pembangunan setempat khususnya di Marang. "Kawasan ini boleh menjadi sebuah kawasan pertumbuhan satelit yang baharu sekali gus merancakkan lagi aktiviti ekonomi daerah serta sekitarnya. "Kerajaan akan berusaha untuk membina lebih banyak rumah bagi memenuhi kehendak dan kemampuan rakyat sama ada melalui agensi kerajaan sendiri atau melalui inisiatif pihak swasta seperti hari ini,"katanya.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Pehimi Yusof.
Hadir sama, Pengerusi Temala Development Sdn Bhd, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin parti.
Ahmad Razif berkata, projek itu juga merealisasikan hasrat kerajaan untuk memfokuskan pembangunan dan memenuhi keperluan rakyat merangkumi 3P, dengan P yang pertama, perumahan untuk kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain pendapatan dan peluang pekerjaan.
Lokasi Puncak Temala yang hanya tujuh kilometer dari Plaza Tol Ajil dan 23 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu bukan sahaja lokasi srategik dan baik untuk didiami malah untuk tujuan perniagaan.
Selain itu juga, sebanyak 349 unit rumah teres dua tingkat di Puncak Temala dengan keluasan lebih 11 hektar akan diperuntukkan kepada penjawat awam melalui Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M ). - teganukite.net |
Monday, 22 May 2017
Related Posts:
Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim Terengganu membelanjakan lebih RM 232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cem… Read More
Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Tengku Putera (tengah) mendengar penerangan seorang petugas sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Samb… Read More
Terengganu Bakal Pengeluar Makanan Ternakan Terbesar Negara Terengganu muncul negeri pertama di Malaysia yang mengusaha industri penanaman jagung bijirin secara komersial dan berskala besar.Projek terbabit melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM27 juta daripada Syarikat Green Worl… Read More
Otai Belia Digesa Tubuh Persatuan Baharu Ahmad Razif menyampaikan cenderahati kepada peserta di Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Isma… Read More
Terima Kasih Warga Pendidik - MB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan Selamat Hari Guru dan berterima kasih kepada semua warga pendidik di Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Guru, hari ini. Ahmad Razif berkata, kecemerlanga… Read More