Wednesday, 11 January 2017

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli Putra

Setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini akan menerima bantuan kerajaan secara ‘one off’ berjumlah RM1,000 bagi membantu meringankan beban mereka akibat bencana itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, daripada jumlah itu RM500 disalurkan oleh kerajaan negeri manakala sebahagian lagi oleh kerajaan Pusat.

Katanya, sumbangan itu akan disalurkan dalam masa terdekat sebaik sahaja pihaknya menerima senarai lengkap mereka yang benar-benar terjejas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sekarang ini kita sedang mengenalpasti mangsa-mangsa banjir yang sebenarnya dan masih menunggu senarai nama dari JKM.

“Bila semuanya sudah lengkap kita segerakan bantuan kewangan yang akan diberi oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kepada satu keluarga setiap rumah yang terlibat bencana banjir.

“Komitmen kerajaan negeri akan beri seperti biasa iaitu sebanyak RM500 manakala RM500 lagi pemberian kerajaan Pusat menerusi JKM,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, hari ini.

Related Posts:

  • Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula d… Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More
  • Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu … Read More
  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
  • Banjir : 64 Sekolah Ditutup Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini. Daripada jumlah itu,  sekolah… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:57 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan