Ahmad Razif (tengah) bersama anak-anak pasangan guru Allahyarhamah Noor Amalia Noorazan dan Allahyarham Badrul Hisham Omar penerima Anugerah Khas Pengarah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik di negeri ini.
Ahmad Razif berkata, daripada jumlah itu insentif sebanyak RM300,000 adalah sumbangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) sebagai pengiktirafan kepada guru yang sudah banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar dan sekolah.
“Sementara, tambahan RM200,000 adalah sumbangan kerajaan negeri bagi membantu JPNT mengadakan kursus profesional untuk para guru dan kakitangan khususnya berkaitan dengan pendidikan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.
Katanya, sumbangan daripada kerajaan negeri itu antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme di kalangan guru negeri ini.
Menurut Ahmad Razif, selain insentif tersebut kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk JPNT menerusi Program Anjung Ilmu.
“Manakala, selepas raya nanti akan diagihkan pula sumbangan sebanyak RM2,000 untuk setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri ini yang melibatkan 503 buah sekolah dengan perbelanjaan kira-kira RM1 juta,” katanya. - teganukite.net
|
Sunday, 21 May 2017
Related Posts:
Projek ECRL Berimpak Tinggi Siap 2024 Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Projek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah projek infrastruktur ber… Read More
Sultan Terengganu Saran Bakal Jemaah Jaga Kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar bakal jemaah haji menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh Tabung Haji dan pegawai pegawai kesihatan di Tanah Suci.Baginda bertitah… Read More
Terengganu Tubuh Majlis Petroleum Terengganu Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) dilihat mampu bertindak sebagai platform bagi kerajaan Terengganu untuk merencana, menyelaras dan memantau urusan yang berkaitan industri minyak dan gas Terengganu. Pada masa… Read More
Kerajaan Negeri Pandang Serius Kes Buli Di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Kerajaan negeri memandang serius kes membabitkan tiga pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli kira-kira 26 pelajar dalam dua kejadian berlainan yang berlaku di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus. Dalam k… Read More
Empat Koperasi Terima Hampir RM9 Juta Di Bawah Skim TMP-JPK Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan hampir RM9 juta di bawah skim pinjaman Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) kepada empat buah koperasi di negeri ini, bermula Januari … Read More