Monday, 22 May 2017

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Shah Bandar pada tahun lalu.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 2,360 tapak niaga bazar Ramadan di 17 lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada tahun ini bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Jumlah itu membabitkan 11 lokasi di Kuala Terengganu termasuk Chabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Batu Burok, Taman Permint Jaya, Pengadang Baru, Jalan Budiman, Kuala Ibai dan Shah Bandar.

Manakala enam kawasan di Kuala Nerus membabitkan Pasar Batu Enam, Wakaf Tengah, Gong Badak, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Bukit Tunggal dan Pulau Duyong.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, sebanyak lima lokasi pula diluluskan untuk jualan pelbagai dan barangan kering termasuk pakaian, kelengkapan raya dan biskut raya.

Katanya, daripada jumlah itu tiga lokasi iaitu Pasar Payang, Batas Baru dan tapak Pasarnita, Kampung Tanjung  dibenarkan berniaga sepanjang Ramadan.

“Hanya peniaga di Jalan Paya Keladi dan perkarangan depan PB Square, dibenarkan berusniaga mulai 12 Mei atau 15 Ramadan terakhir,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Menurutnya, semua peniaga bazar Ramadan dibenarkan berniaga selepas jam 3 petang kecuali yang menjual barangan pelbagai.

Tambahnya, peniaga juga diingatkan tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.

“Bagi tujuan itu, penguatkuasa kesihatan MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri akan mengadakan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala pada setiap hari sepanjang Ramadan,”katanya.

Zulkifli berkata, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak dan kebersihan dan tahap kesihatan peniaga serta pekerja.

“Selain perlu mendapatkan suntikan vaksin seminggu sebelum berniaga, mereka perlu memakai tanda nama, mempamerkan perakuan kad kesihatan dan memakai apron serta penutup kepala ketika berurusniaga," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Sedia Berdepan Tun M- Ahmad Puad Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Dr Ahmad Puad Zarkashi menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan tepat apabila bersedia untuk berdebat dengannya pada program Nothing to Hide 2.0 yang bakal dianjurkan Parti P… Read More
  • TMJ Ulas Hukuman Terhadap Dollah Salleh TMJ ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail  Sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada tinda… Read More
  • YPU Laksana Program ‘Terokai Pasaran Pasaraya’ Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu mengadakan program suaian perniagaan dengan pasar raya dan hipermarket tempatan yang dikenali sebagai “Terokai Pasaran Pasaraya” (T2P) bermula bulan ini. Ketua Pegawai Ekse… Read More
  • Capaian Internet Di Terengganu Akan Dinaik Taraf Dr Salleh beramah mesra dengan tetamu Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 anjuran Umno Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam Sistem capaian internet di Terengganu akan dinaiktaraf bagi m… Read More
  • Mohalim Iklim Pertaruh Herow Band Dengan `Hanya Kamu Saja'  Herow Band mempertaruhkan  akustik balada 'Hanya Kamu Saja'. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Kumpulan Herow band yang terdiri daripada lima anak muda dicetuskan oleh Mohalim Iklim bakal mewarnai persada tanah air … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:57 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan