Sunday, 21 May 2017
Golongan belia perlu mencontohi semangat dan sikap kepahlawanan ulamak terdahulu, bagaimanapun sikap itu tidak boleh melanggar batas undang-undang negara.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, golongan belia juga perlu menjadi agen penting dalam mengubah masyarakat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri terhebat di masa depan.
Jelasnya, darah perjuangan dan kepahlawanan diakui memang sudah lama mengalir dalam tubuh orang Terengganu khasnya di Hulu Terengganu.
"Saya sebutkan semua ini kerana pertama sekali, tanpa sejarah, tamatlah riwayat hidup
manusia.
"Sebab itu ada orang Hulu Terengganu yang terus beri penampar Jepun bila ada yang kurang ajar di hadapan pemimpin kita… cuma saya harap, kita kena banyak bersabar sebab negara kita ada peraturan dan undang – undang,"kata Ahmad Razif.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Belia Negeri Terengganu 2017 di padang bola sepak Kampung Kuala Menjing, hari ini.
Menurutnya lagi, pelbagai program diatur sepanjang 2017 khususnya untuk golongan belia di Terengganu.
Tambahnya, pogram itu bukan sahaja berteraskan sukan semata-mata tetapi turut mengambil kira pembangunan kepimpinan,keusahawanan dan kemahiran.
"Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM65.7 juta untuk portfolio
belia dan sukan, satu jumlah yang besar untuk golongan belia.
"Malah dalam memenuhi aspirasi orang muda, Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya suara belia diberi perhatian dan didengar,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijan… Read More
Bertuah Terpilih Tunai Haji Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra “Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah … Read More
Rakyat Puji Inisiatif Kerajaan,Teruja Mohon Tanah Salwa Najmuddin ketika ditemubual di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail. Permohonan bagi Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah yang melibatkan 5,939 lot tanah di seluruh negeri terbuka kep… Read More
RM25 Ribu Baik Pulih Rumah Mangsa Kebakaran Di Mengabang Tengah Sebuah keluarga hilang tempat tinggal apabila 80 peratus rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, petang semalam. Kebakaran dikatakan berpunca dari api lilin yang dipasang oleh ana… Read More
16 Pasukan Bakal Berentap Pada Kejohanan Boling Padang Maksak Malaysia 2017 16 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan pada Kejohanan Boling Padang Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) Malaysia 2017 dari 10 hingga 13 Ogos ini. Setiausaha Kehormat Maksak Terengg… Read More