Sunday, 21 May 2017


Saya tidak takut sekiranya peguam pemerhati kepada guru yang terbabit dengan  kes penipuan Umrah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap saya, tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

 Menurutnya, kerajaan negeri tidak perlu campur tangan kerana tidak terlibat dalam isu itu, malah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan siasatan polis.

"Jika mereka nak mengambil tindakan undang-undang, silakan.. saya bersedia kerana ia tidak membabitkan kerajaan, malah sudah diambil tindakan oleh pihak polis, reman juga sudah dibuat dan kini sedang tunggu pertuduhan.

"Macamana saya nak bela mereka sedangkan saya tidak tahu apa isunya kerana tidak pernah seorang wakil mangsa pun datang berjumpa kerajaan dan saya anggap isu ini sudah selesai.

"Lagipun ianya telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan jika tak puas hati, gunakan prosedur sepatutnya untuk tindakan susulan. Kalau kerajaan campur tangan, seolah-olah kerajaan pula yang terlibat dalam perkara ini," tegas beliau lagi.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Padang Bola Sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab isu yang dibangkitkan wakil peguam mangsa penipuan umrah YBNT yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Razif.

Terdahulu, satu sidang media telah diadakan pagi tadi oleh wakil peguam berkenaan bagi menjelaskan isu kerajaan tidak memberi pembelaan kepada mangsa penipuan dan seolah-olah melindungi YBNT.

Dalam sidang media tersebut, peguam pemerhati berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis sekiranya pihak Menteri Besar tidak mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam bermula jam 12:30 hari ini. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • Himpunan Tok Dekor Jadi Aktiviti Tahunan Ahmad Razif bergambar kenangan bersama ahli Tok Dekor. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Program Himpunan Tok Dekor Terengganu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberikan… Read More
  • PRU14 : Kerajaan BN Tunai Janji Peneroka Felda Tersat Penantian seramai 172 peneroka Felda Tersat, Ajil yang membuka kawasan itu 30 tahun lalu kini berakhir apabila mendapat geran hak milik tanah untuk diwarisi.Penyerahan kepada sebahagian peneroka itu disempurnakan oleh Perda… Read More
  • UTC Terengganu Rekod 1.17 Juta Pengunjung Mohd Najib melancarkan UTC, Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimAdd caption Kerajaan negeri sentiasa memastikan keseimbangan transformasi dan pembangunan antara k… Read More
  • Pusat Hemodialisis Akan Ditambah Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada wakil persatuan-persatuan belia. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri melalui Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) akan berusaha menyediakan lebih banyak pusat hemodia… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:03 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan