Monday, 3 April 2017
Kaedah pembayaran projek Pembangunan Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus adalah secara Bayaran Berjadual Dengan Had.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bayaran bukan dilakukan secara 'deferred payment' seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh).
Katanya, cara pembayaran yang dinyatakan wakil pembangkang itu mempunyai perbezaan sangat besar.
"Kos pembangunan pusat pentadbiran ini adalah sebanyak RM600 juta, tanpa sebarang faedah.
"Saya juga sudah jelaskan yang bayaran akan dibuat dengan had, sebanyak RM70 juta setahun sehingga selesai pada tahun 2024 iaitu selama lapan tahun dan enam bulan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri Ke13 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Tambahnya, cadangan penubuhan daerah baharu Kuala Nerus merupakan cadangan yang sudah lama dirancang.
"Ianya sudah wujud sebelum zaman Pas memerintah Terengganu lagi.
"Tetapi keperluannya semakin mendesak berikutan pertambahan penduduk yang mendadak dan perkembangan ekonomi yang pesat di daerah tersebut," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Kompleks Ibu Tunggal Di Chendering Bakal Siap Penghujung Tahun Ini Kompleks ibu tunggal di Chendering, Kuala Terengganu bakal siap menjelang penghujung tahun ini. Terengganu bakal memiliki sebuah kompleks aktiviti ibu tunggal yang pertama di negeri ini apabila sebuah bangunan baru bern… Read More
Kisah Pilu Di Sebalik Konvokesyen Ke-9 UniSZA Sebalik kegembiraan ribuan pelajar bersama keluarga meraikan Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-9 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Gong Badak semalam, seorang ibu menyimpan kisah… Read More
250 Warga JHEAT Dan Maidam Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Seramai 250 warga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) sekali gus menyatakan komitmen untuk memerangi rasua… Read More
GPMS Terengganu Sokong Agenda Sosial Baharu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu menyokong penuh terhadap usul yang dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam artikelnya di Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2017 bertajuk Agenda… Read More
Bantuan Mangsa Ribut Akan Disegerakan- Ahmad Razif Menteri Besar bersama kepimpinan negeri dan kawasan meninjau kesan kejadian ribut petang semalam di sekitar Paya Resak, Marang. Foto oleh Zulkifli CW Putra Kerajaan negeri akan memastikan semua rumah yang rosak akib… Read More