Tuesday, 24 October 2017


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu menyokong penuh terhadap usul yang dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam artikelnya di Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2017 bertajuk Agenda Sosial Untuk Bajet 2018.

Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Dato’ Tengku Putera berkata, usul yang dikemukakan Khairy menjelang pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan itu adalah dengan harapan Bajet 2018 dapat mengangkat satu agenda sosial untuk membangunkan modal insan kelas pertama.

Katanya, pada bulan Mei yang lalu GPMS Terengganu telah mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda Terengganu dan hasil perbincangan telah dipersetujui ahli DUN Muda kepada pembangunan belia khususnya di Terengganu.

“Antaranya mewujudkan ‘Tertiary Education’ iaitu program bimbingan serta pendedahan berterusan kepada anak- anak muda bagi mengelakkan gejala tidak sihat dalam kalangan belia dan dikelola oleh satu unit khas sebagai permulaan bagi merangka dan menyelia pelaksanaan program,” ujarnya.

Selain itu katanya, mengadakan Program Wacana Intelektual yang boleh dibuat secara NBOS supaya dapat dirancang dan dilaksanakan bersama bagi memberi impak yang lebih berkesan kepada para belia yang boleh dipelbagaikan bentuk diskusi dan melibatkan pelbagai pihak seperti AADK dan PDRM.

“Kami percaya banyak program yang telah diadakan oleh pihak agensi kerajaan mahupun NGO kepada para belia dapat menangani isu sosial. Dengan semangat dan komitmen yang berterusan, mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi anak-anak muda melatih diri dalam bidang kepimpinan. Di situ lah, mereka dapat mencungkil dan menggilap potensi bakat mereka terutama dalam ‘soft-skills” dan kemahiran-kemahiran lain,” ujarnya.

Tengku Haphiz berkata, GPMS Terengganu amat yakin sekiranya agenda baharu ini ditekankan oleh kerajaan akan memberi impak yang amat berkesan.

“Kerajaan seharusnya menjadi contoh dan ‘leader’ dalam sesuatu isu berkaitan belia yang perlu diberi perhatian sewajarnya bagi melahirkan belia yang hebat seiring dengan arus pembangunan negara menjelang Transformasi Nasional 2050,” katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan