Wednesday, 5 April 2017

Ahmad Razif memerhatikan pertukaran dokumen antara PHB dan Sogo pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Pembinaan pusat beli-belah berprestij, Mayang Mall, di Kampung Ladang, Tanjung, Kuala Terengganu yang turut menempatkan gedung membeli belah terkemuka, Sogo bakal mengubah landskap ekonomi Terengganu ke arah lebih baik.

Fasa pertama melibatkan pembinaan Sogo setinggi tujuh tingkat dengan keluasan 15,000 kaki persegi, selain kemudahan 2,000 ruang meletak kenderaan dijangka siap pada 2020.

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) melantik Sogo Kuala Lumpur Department Store Sdn Bhd sebagai penyewa utama kompleks beli-belah Mayang Mall untuk menguruskan perniagaan, operasi dan perkhidmatan produk.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, Sogo bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.

Antaranya pentadbiran, pengurusan, jurujual, juruwang dan pengawal keselamatan apabila premis perniagaan terkemuka itu beroperasi pada awal Januari 2021.

Datuk Kamalul Arifin 

“Jumlah pelaburan dari segi kos untuk pusat membeli-belah termasuk kos tanah adalah RM450 juta. ‘Service apartment’ pula sebanyak RM150 juta. Jadi untuk fasa pertama ini menelan kos kira-kira RM600 juta.

“Pihaknya kami memilih  Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebagai aset sulung PHB di Terengganu kerana yakin lokasi itu bakal menjadi tumpuan ke Mayang Mall.

“Apabila wujudnya Mayang Mall kelak penduduk Terengganu tidak perlu lagi keluar ke mencari barangan di luar Terengganu, sama ada ke Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Lumpur,”katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di tapak itu semalam. - teganukite.net

Related Posts:

  • Variasi Kebaya Songket Serikan Karnival PKS Pelbagai corak dan reka bentuk kebaya diperagakan Malam Kemuncak Minggu PKS. Foto oleh Zulkifli Putra Pelbagai jenis dan reka corak kebaya songket diperagakan pada Malam Kemuncak Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Seder… Read More
  • Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra. Syarikat mi… Read More
  • Keuntungan TDM Berhad Cecah RM428.5 Juta Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 . Pengerusinya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar , berkata  bahagian perlad… Read More
  • Projek Puncak Temala Wakaf Tapai Penuhi Keperluan Rakyat Ahmad Razif (tengah) melihat model projek selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang. Foto oleh Tengku Syamim tengku Ismail Projek Puncak Temala bakal menyediakan 685 unit … Read More
  • RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:02 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan