Thursday, 25 May 2017


Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Mohamad Pehimi Yusof berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan bagi menyediakan input tanaman kenaf melibatkan penyediaan kawasan tanaman itu.


"Secara keseluruhannya seluas 185 hektar tanah akan diusahakan dengan tanaman kenaf di Daerah Setiu.
"Bagi memudahkan pengangkutan pada tahun ini Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menaik taraf jalan ladang di kawasan tanah kelompok Kampung Bahagia sejauh 3.7 kilometer (km) dan Kampung Guntung sejauh 2.3 km," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Kenaf di Kampung Guntung, Setiu, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh, Pengurus Wilayah Timur LKTN, Mohd Norsyam Yahya dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.
Pehimi berkata, beliau mahu pihak terlibat membantu LKTN untuk mengenal pasti lokasi tanah di Terengganu yang boleh diusahakan dengan tanaman kenaf.
Beliau juga berharap lebih ramai penduduk di seluruh Terengganu khususnya di kawasan yang sesuai dengan tanaman itu supaya menanam kenaf kerana mampu menghasilkan pendapatan baik kepada pengusahanya.


Kenaf adalah sejenis tanaman yang digunakan untuk membuat beberapa produk antaranya ialah papan gentian dan barangan kraftangan. - teganukite.net

Related Posts:

  • JKKK Bakal Miliki Sijil Tadbir Urus Desa Ismail Sabri dan Ahmad Razif bersama kepimpinan JKKK pada Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan Pelancaran Tatacara Pengurusan JKKK di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto Zulkifli Putra  … Read More
  • Lawatan SUK Setiap Daerah Beri Input Mantapkan Pentadbiran Wan Nawawi bersalaman dengan pegawai kerajaan negeri yang ditemui sempena program lawatan kerja sehari ke Dungun, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim Program lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ke s… Read More
  • 500 Penduduk Jayakan Komuniti Kampung Lingai Seramai 500 penduduk menjayakan Program Komuniti Masyarakat Kampung Lingai, di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam. Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong dan Kawasan Rukun… Read More
  • Kes Jenayah Siber Perlu Diatasi Segera Penyebaran maklumat yang tidak terbukti kesahihannya atau berunsur fitnah, terutama melalui laman sosial perlu segera dibanteras dan dielakkan. Oleh itu, orang ramai khususnya ibu bapa perlu mendidik anak-anak betapa p… Read More
  • Kerajaan Negeri Teruskan Rawatan Percuma Untuk Pesara Kerajaan negeri tetap meneruskan pembiayaan kos rawatan di hospital kerajaan secara percuma kepada pesara kerajaan yang tidak berkemampuan, dengan syarat memohon menerusi Tabung Darul Iman (TDI). Pengerusi Jawatankuasa … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:16 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan