Pelbagai corak dan reka bentuk kebaya diperagakan Malam Kemuncak Minggu PKS. Foto oleh Zulkifli Putra
Pelbagai jenis dan reka corak kebaya songket diperagakan pada Malam Kemuncak Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Antaranya Kebaya Nyonya, Kebaya Moden, Kebaya Kota Bharu dan Kebaya Riau Pahang, Kebaya Kartini, Kebaya Encim dan Kebaya Panjang.
Pengusaha butik tempatan berjaya memperlihatkan kesan artistik dan ekspresif kebaya dengan adunan corak termasuk batik, sulaman, manik dan dipadukan dengan reka bentuk tudung.
Aktiviti itu antara yang diselitkan penganjur, SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) sepanjang lima hari karnival berlangsung, bermula 17 Mei.
Ia bertujuan mengetengahkan pelbagai jenis kebaya yang menggunakan fabrik songket dengan keunikan sendiri kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.
Majlis dirasmikan isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ramizah Hashim itu turut diserikan dengan sesi uji minda dan persembahan artis jemputan.
Antara aktiviti lain, pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur.
Karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean. - teganukite.net
|
Sunday, 21 May 2017
Related Posts:
PRU14 : Kuasa Wanita Penentu Kejayaan BN Kuasa wanita menjadi penentu utama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To' P… Read More
900 Ibu Tunggal Di DUN Batu Rakit Terima Sumbangan Halina menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal. Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 900 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN)… Read More
PRU14 : Pusat Media Terengganu Dilancar Rozailan (kiri) dan Muda menunjukkan buku Direktori Media 2018 yang diterima dari Jabatan Penerangan Negeri sempena perasmian Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim. Pusa… Read More
Lantik Profesor Jadi Penasihat- Ahmad Razif Ahmad Razif ketika berada pada Program Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri Terengganu Kerajaan negeri akan melantik profesor serta pakar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seb… Read More
Kerajaan Negeri Peruntuk RM516,780 Caruman Perkeso Guru KAFA Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri mem… Read More