A.Latiff melihat unjam yang dihasilkan para nelayan Pangkalan Merchang, di Jeti Pangkalan Merchang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Kassim
Nelayan di Pangkalan Merchang termasuk dari kalangan sukarelawan perikanan (Super) Merchang hari ini meneruskan usaha melabuhkan 20 unit unjam kira-kira tiga batu nautika dari jeti pengkalan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, melalui peruntukan yang disalurkan pihaknya sebanyak 100 unit unjam berjaya dibina melalui kerjasama para nelayan dimana 80 unit daripadanya telah dilabuhkan pada 24 Mac lalu.
“Tujuan diletakkan unjam adalah untuk menggalakkan pembiakan ikan kerana unjang berfungsi sebagai pusat ikan berkumpul yang mana dikawasan ini lokasi pilihan nelayan menjalankan aktiviti menangkap ikan.
"Ini merupakan usaha para nelayan (Pangkalan Merchang) untuk menambah pendapatan,” ujarnya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini.
Pada majlis itu, A.Latiff turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk persatuan nelayan zon pantai di kawasan itu.
“Ianya bagi membiayai pembelian pukat dan sebagainya yang diperlukan oleh para nelayan di kawasan Pengkalan Merchang, Pengkalan Nelayan Jambu Bongkok, Pengkalan Nelayan Pasir Puteh dan juga Pengkalan Nelayan Gong Balai,” ujarnya. - teganukite.net |
Tuesday, 4 April 2017
Related Posts:
KTS Sasar 500 Peserta Sertai Larian Kesedaran Diabetes Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) mensasarkan 500 peserta akan menyertai larian kesedaran mengenai diabetes menerusi `Run From Diabetes 2017’ pada 22 April ini. Program bertujuan membantu merealisasi… Read More
Sambut Baik Tambah Super Bagi Bendung Kegiatan Tangkap Ikan Secara Haram A.Latiff memakaikan jaket keselamatan kepada seorang ahli Super di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri meny… Read More
Kakitangan Terengganu Inc Bantu Bersih Madrasah Al-Hidayah Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menganjurkan program ‘Way of Naqiya’ membersihkan kawasan Madrasah Al-Hidayah, Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Seramai 40 kakitanga… Read More
`Nisan Kerek' Kampung Jenang Istimewa Kampung Jenang, Marang sememangnya terkenal dengan aktiviti desa seperti menangkap ikan, menganyam atap daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.Manisan atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan kerek', cukup un… Read More
Nelayan Di Merchang Labuh 20 Unit Unjam A.Latiff melihat unjam yang dihasilkan para nelayan Pangkalan Merchang, di Jeti Pangkalan Merchang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Kassim Nelayan di Pangkalan Merchang termasuk dari kalangan sukarelawan perikanan (… Read More