Sunday, 23 April 2017
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan penjawat awam agar komited dengan tugas yang diamanahkan.
Katanya, komitmen yang jitu adalah perlu bagi memastikan apa yang diperkenalkan kerajaan diterima rakyat.
Malah katanya, sebagai pelaksana kepada dasar dan polisi dibuat kerajaan, penjawat awam seharusnya memahami terlebih dahulu apa perlu disampaikan kepada rakyat.
"Contohnya, transformasi yang dibuat oleh kerajaan melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB).
"Seharusnya, penjawat awam perlu tahu apa yang berlaku termasuk projek-projek pembangunan serta dasar-dasar yang dibuat menerusi transformasi ekonomi, politik dan kerajaan,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Tengahari Bersama Ketua Jabatan dan Penjawat Awam Sempena Lawatan Kerja SUK Ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus di TH Hotel, semalam.
Wan Nawawi berkata, beliau mengharapkan penjawat awam dapat menjiwai tugasan yang diamanahkan dan melakukan setiap kerja dengan memberikan yang terbaik.
Terdahulu, dalam lawatan kerja itu, Wan Nawawi turut mengadakan perjumpaan bersama-sama ketua jabatan daerah Kuala Nerus pada sebelah pagi sebelum meninjau tapak projek litar permotoran di Gong Badak. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Istiqomah Kembangkan Syiar Islam Kerajaan negeri akan terus istiqomah dalam meningkatkan usaha mengembangkan syiar islam di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata penyusunan segala dasar dan perancangan berpandukan kerangka Ma… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Pemilik Mykad Pahang dan Kelantan Layak Daftar Diri Rakyat Terengganu berstatus Mykad Pahang dan Kelantan tetap berpeluang mendaftar diri untuk merebut hadiah utama Ekspo Terengganu 2018. Perkara itu timbul apabila tular menerusi aplikasi whatsapp yang menyatakan rakya… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Tutup Dua Jam Untuk Solat Jumaat Tengku Putera menikmati hidangan bersama pengamal media Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus akan ditutup sementara waktu bermula jam 12.00 tengah hari … Read More
Agensi Kerajaan Diseru Martabatkan Budaya Hidup Berteraskan Al-Quran. Kerajaan negeri menyeru mana-mana agensi yang mempunyai keupayaan dan kepakaran agar sama-sama memainkan peranan mengatur program yang boleh memartabatkan budaya hidup berteraskan Al-Quran.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' … Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Enam Bawa Pulang Motosikal Hari Ketiga Seramai 21 pemenang cabutan bertuah diumumkan pada hari ketiga Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam tadi. Semua senarai pemenang diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pelanco… Read More