Sunday, 23 April 2017


Panel Penasihat Klinik Kesihatan di negeri ini perlu memainkan peranan sebagai penghubung bagi mengenalpasti warga emas dalam menjayakan Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Mohammad Omar berkata program yang dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang itu merupakan satu daripada empat indikator yang mesti dilaksanakan oleh panel penasihat seluruh negara bagi memberi kesedaran kesihatan kepada masyarat awam.

Katanya lagi ,tujuan utama program itu ialah bagi menggalakkan kedatangan warga emas ke klinik bagi mengesan masalah kesihatan untuk penjagaan kesihatan yang optimum.

"Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara Tua (age nation) pada tahun 2030 apabila penduduk negara yang berumur 60 tahun dan ke atas  mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun tersebut.

"Melalui Dasar Kerajaan iaitu Dasar Warga Emas Negara telah di terangkan oleh kerajaan sejak 1995 dan pihak Kementerian telah mendokong perkara ini iaitu Dasar Warga Emas Sihat melalui Rancangan Malaysia ke 10.

"Di dalam dasar ini,polisi Kementerian  adalah warga emas yang melalui penuaan sihat,penuaan yang aktif,penuaaan produktif dan penuaan yang menyokong melalui program-program yang dijalankan di semua klinik kesihatan,"kata Mohammad.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.

Mohammad berkata antara masalah-masalah warga emas yang di kenalpasti adalah risiko jatuh,kurang penglihatan atau pendengaran dan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis,darah tinggi ,stroke,penyakit jantung,buah pinggang kronik dan lain-lain lagi.

"Kita sediakan saringan kesihatan,rawatan dan temujanji susulan,fisioterapi dan perawatan gigi di semua klinik kesihatan termasuk klinik desa kepada warga emas ini.

"Malah kita wujudkan juga promosi seperti senamrobik supaya mereka ini kekal aktif serta amalan cara hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan yang optima pada usia lanjut,"katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Simbolik Logo PITAS 2030 Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan a… Read More
  • Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang  5.875 kilometer  yang membabitkan kos RM321 juta kini hamp… Read More
  • Terengganu Teliti Penyaluran 20 Peratus Royalti Minyak Terengganu akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.Menteri Besar… Read More
  • JBPM Jangka Ambil Masa Lebih Lama Selesai Siasatan KBC Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid menyampaikan Anugerah Menteri (Terbaik Keseluruhan) kepada Muhammad Jazli Hafiz Jafar Jafari  pada Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Keb… Read More
  • Bazar Kahwin Tarik 10,000 Pengunjung Tuan Faizah melawat pameran Bazar Kahwin. Foto Abu Ubaidillah Bazar Kahwin Pantai Timur 2018, karnival perkahwinan Melayu terbesar seumpamaya di negeri ini menarik lebih 10,000 pengunjung.Program selama tiga hari itu berla… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:04 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan