Monday, 5 March 2018



Rakyat Terengganu berstatus Mykad Pahang dan Kelantan tetap berpeluang mendaftar diri untuk merebut hadiah utama Ekspo Terengganu 2018.

Perkara itu timbul apabila tular menerusi aplikasi whatsapp yang menyatakan rakyat Terengganu di daerah Besut, Setiu  dan Kemaman yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Hospital Kota Bharu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tidak layak menyertai cabutan bertuah sempena ekspo itu

Pengerusi jawatankuasa kerja ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata beliau sedia maklum mengenai penyebaran mesej palsu tersebut dan mengambil langkah segera dengan membetulkan sistem komputer.

“Pada masa sama, menampal kenyataan pada kaunter pendaftaran bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Pihak kami  menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan mesej tular itu kerana kerajaan negeri tidak pernah mendiskriminasikan rakyat di semua daerah di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak Kuala Nerus, hari ini.

Hadiah utama yang akan diumumkan pada hari terakhir ekspo itu  ialah sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. - teganukite.net

Related Posts:


Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:00 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan