Monday, 5 March 2018
Kerajaan negeri menyeru mana-mana agensi yang mempunyai keupayaan dan kepakaran agar sama-sama memainkan peranan mengatur program yang boleh memartabatkan budaya hidup berteraskan Al-Quran.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata pentadbiran negeri bersedia untuk melihat dan memberi perhatian terhadap cadangan-cadangan tersebut termasuklah menimbang keperluan peruntukan yang munasabah jika perlu.
"Pihak pentadbiran akan terus memberi keutamaan dan perhatian serius dalam memastikan program-program yang bertujuan meningkatkan ketinggian syiar Islam.
"Sebagai contohnya majlis-majlis hafazan, sambutan awal Muharram, sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain lagi telahpun ditetapkan dalam kalendar pentadbiran negeri sebagai agenda tetap dan rasmi bagi kerajaan negeri," katanya ketika berucap alu-aluan di Majlis pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439H/2018M di Dataran Waterfront Kuala Berang.
Wan Nawawi yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri berkata pentadbiran negeri telahpun menyemak keperluan penganjuran majlis ini dalam semua aspek agar perjalanan kedua-dua majlis ini mencapai matlamatnya.
"Pada tahun ini peruntukan bagi
menjayakan Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran telah dinaikkan kepada RM900,000 berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak RM680,000.
"Keprihatinan pentadbiran negeri kepada qari dan qariah tidak terhenti apabila berakhirnya penganjuran Majlis Tilawah pada setiap tahun.
"Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan qari dan qariah yang telah menjadi johan peringkat kebangsaan, satu skim telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu berupa saguhati bulanan sebanyak RM500.00 sebulan setiap orang,"katanya lagi.
Menurut Wan Nawawi, pemberian ini merupakan satu bentuk penghargaan sepanjang hayat dan diharap akan menjadi dorongan kepada qari dan qariah lain supaya mereka lebih bersemangat menempah kecemerlangan di peringkat kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa. - teganikta.net
Related Posts:
Projek Bandar Baharu Kuala Ping Berjalan Rancak Pembangunan Bandar Baharu Kuala Ping berjalan rancak mengikut jadual bagi merealisasikan perancangan sebagai pusat pertumbuhan desa utama di Dewan Undangan Negeri(DUN) Telemong menjelang 2018.Ahli Dewan Undangan … Read More
Sultan Mizan Sukacita, Perumahan Jadi Agenda Teras Kerajaan Negeri Sultan Mizan berkenan bertitah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail Sultan Tere… Read More
Sultan Mizan Bertitah Semua Pihak Eratkan Kerjasama Sultan Mizan bersalaman dengan barisan ahli persidangan selepas menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sultan Terengganu Sultan … Read More
Sultan Mizan Sempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang DUN Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah berkenan memberi tabik hormat sebelum memeriksa barisan kawalan kehormatan sempena istiadat pembukaan sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W Putra Sultan T… Read More
DUN Telemong Mahu Ulangi Sejarah Manis PRU12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong akan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mengulangi sejarah pada PRU12 sebagai DUN yang memenangi majoriti dengan undian terbanyak… Read More