Sunday, 26 March 2017

Dr Mohammad bersama pemenang bagi kategori oral dan poster dalam Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Tindakan lebih tegas akan diambil termasuk dihadapkan ke mahkamah kepada pemilik premis yang berdegil membiarkan persekitaran mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, segelintir penduduk tidak memberi kerjasama sepenuhnya dan memandang remeh mengenai wabak denggi yang berlaku di kawasan mereka.

Katanya, sehingga Mac terdapat satu lokaliti sahaja yang terdapatnya wabak denggi iaitu di Pulau Rusa Hilir, Kuala Terengganu.

“Masalah sekarang adalah orang kampung tidak memberi kerjasama untuk  turut sama membersihkan kawasan rumah mereka malah ada yang menghalang pihak Jabatan Kesihatan termasuk untuk memberi kompaun kepada mereka.

“Selepas pada ini, penguatkuasaan lebih tegas akan diambil. Selain memberi kompaun kepada pesalah mereka bakal dihadapkan ke mahkamah jika ingkar dengan arahan yang diberikan,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Tambah Mohammad, sehingga 20 Mac lalu, kadar bilangan kes denggi di Terengganu dalam keadaan terkawal apabila hanya merekodkan 80 kes.

Katanya, sepanjang 2017, sebanyak 550 premis didapati positif pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000.

Dalam persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, seramai 450 peserta melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian kesihatan awam dan perubatan seluruh negeri.

Sepanjang persidangan itu, 42 kajian turut dibentangkan meliputi beberapa aspek termasuk kawalan dan pencegahan kes denggi di lapangan, pemantauan entomologi serta pengurusan sampel di makmal selain pendidikan kesihatan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Sesi Persekolahan 22 Sekolah Hulu Terengganu Terjejas Sebanyak 22 buah sekolah di Daerah Hulu Terengganu kemungkinan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan yang bermula esok, berikutan sekolah ditenggelami air dan terputus hubungan. Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Teren… Read More
  • Kerajaan Beri Insentif Untuk Pengusaha Beca, Bot Penambang Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Foto oleh CW Zulkifli. Kerajaan negeri tidak meminggirkan kebajikan pengusaha beca dan bot penambang apabila golongan itu bakal menikmati keistimewaan sempena Tahun Mel… Read More
  • Sekolah Terjejas Banjir Tangguh Persekolahan Sesi persekolahan yang akan bermula esok (1 Januari) akan ditangguhkan sementara waktu bagi sekolah yang terjejas akibat  banjir di seluruh Terengganu dan dibuka semula bergantung kepada keadaan semasa. Menteri Be… Read More
  • PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLU… Read More
  • Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017 Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong. Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
4:04 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75862
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan