Sunday, 26 March 2017


Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menawarkan lebih 500 unit pelbagai jenis hartanah bernilai kira-kira RM350 juta.

Pameran anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Terengganu yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda berkata, MAPEX Terengganu 2017 yang disertai 40 pemain hartanah itu berfungsi sebagai One Stop Center (pusat sehenti) untuk memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan yang terdiri daripada pemaju swasta dan syarikat milik kerajaan untuk memasarkan produk hartanah masing-masing.

“Malah pameran ini turut menyediakan landasan terbaik buat pembeli rumah dalam mencari informasi dan panduan tentang pemilikan kediaman di bawah satu bumbung,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang di di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), hari ini.

Menurut beliau, agensi lain yang terlibat dalam ekspo tersebut termasuk pihak bank yang bersedia memberikan pinjaman kepada pembeli yang layak disamping Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan membantu dari segi pengeluaran wang caruman KWSP bagi pembelian kediaman kepada bakal pembeli.

“Malah, Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain dibawah Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut serta memberikan tawaran produk masing-masing pada harga yang istimewa,” ujarnya.

Katanya, REHDA Terengganu menyasarkan 10,000 pengunjung sepanjang ekspo tersebut berlangsung. - teganukite.net

Related Posts:

  • Shabery Sangkal Dakwaan Bekas TPM Isu Persempadanan Semula Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihanraya memberi kelebihan kepada Barisan Nasiona… Read More
  • UniSZA Pelawa Orang Ramai Cerap Gerhana Bulan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) , Tok Jembal  pada  31 Ja… Read More
  • Bas Amfibia Selamat Tiba Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia. Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat m… Read More
  • KTS Tawar Perkhidmatan Terbaik Hospital KTS menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pengunjung. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang mula beroperasi di bangunan baru terletak di Jalan Sultan Ma… Read More
  • Sistem Pilihanraya Negara Antara Terbaik Dunia Dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya negara sebelum ini adalah tidak berasas sama sekali.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Sri … Read More

Demi Masa

AHAD, 29 Jun 2018
12:03 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75853
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan