Thursday, 25 May 2017

Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim

Lebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar negara singgah ke Terengganu melalui Program Sail Malaysia- Passange To The East yang diperkenalkan sejak 2008.

Antaranya negara terlibat Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Mexico, Thailand dan Filipina.

Program yang dikendali kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu itu bertujuan memperkenalkan laluan pelayaran baru dan lokasi menarik di negeri ini.

Pengarah jabatan itu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata Terengganu menjadi lokasi wajib singgah berikutan mempunyai pelbagai kemudahan, antara  lokasi mengisi minyak,  marina bertaraf antarabangsa dan tempat pembaikian kapal.

Katanya, kebiasaan mereka mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk berada di satu-satu lokasi, termasuk  Sabah  dan Sarawak.

“Pelbagai aktiviti  dirancang, termasuk scuba dan snokling jika berada di pulau, apabila di daratan pula akan melawat pelbagai tempat menarik.

“Di Kuala Terengganu, kita membawa mereka  ke  Kampung Cina, Pasar Payang, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan  Kompleks Kraf Noor Arfa,”katanya.

Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas meraikan 30 pelayar Program Sail Malaysia- Passange To The East di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Sebelum itu  pelayar yang sama berlabuh di Cukai, Kemaman kemudian di Pulau Kapas, Marang sebelum singgah di Kuala Terengganu dan  selepas ini dijadualkan  ke Pulau Redang.

Ahmad Faisal berkata, kunjungan pelayar pada tahun ini agak merosot iaitu hanya 30 pelayar (15 kapal layar) berbanding 70 pelayar (50 kapal layar) sebelum ini.

“Faktor itu berkemungkinan pelayar berasa kurang selamat berikutan ancaman lanun di perairan selatan Filipina yang berlaku awal tahun ini.


“Perkara ini sudah diperjelaskan kepada mereka perihal sebenar dan yakin kedatangan pelayar pada tahun akan datang kembali seperti biasa iaitu anggaran 60 hingga 70 pelayar,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pil… Read More
  • PRU14: Ahmad Said Bakal Pertahan Kerusi Kijal Ahmad Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengumuman itu sek… Read More
  • PRU14 : Calon Otai Kuala Berang Kekal Tengku Putera Calon otai, Dato' Tengku Putera Tengku Awang kembali mewarnai persada politik negeri apabila diumumkan mempertahankan kerusi bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang bagi meng… Read More
  • PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun Din Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, keper… Read More
  • PRU14 : Gandingan Dua `Z' Calon Serikandi BN Zaitun bersama anak-anak yang hadir memberi sokongan pada hari pengumuman calon Barisan Nasional, di Kediaman Seri Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu memahat sejarah apabila pert… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan