Sunday, 4 February 2018
Dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya negara sebelum ini adalah tidak berasas sama sekali.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan Presiden Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jelas bertujuan untuk mengelirukan rakyat negara ini.
“Sistem pilihanraya di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia dan sekiranya dikatakan berlaku penipuan dalam sistem plilihanraya ini sudah tentu parti pembangkang tidak dapat memenangi kerusi-kerusi termasuk beberapa negeri yang lain masa ini,” katanya.
Katanya, sistem pilihanraya di negara ini membenarkan pemerhati-pemerhati daripada semua parti politik yang bertanding dan itu menjelaskan bahawa ianya adil dan telus.
Menurut Shabery, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sangat mendukacitakan sekali gus bertujuan untuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan kenyataan yang tidak berasas.
“Setiap daerah mengundi dan parti yang bertanding ada dibenarkan wakil parti masing-masing dan mereka boleh mengemukakan protes jika merasakannya tidak adil,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pegawai Seranta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pemaju Masyarakat Risda di Resort World Kijal (RWK), Kemaman, semalam.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato Seri Ahmad Said, Ketua Pegawai Seranta Risda Malaysia Ton Zalani Mat Darus, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT) Ibu Pejabat Risda Amran Jaafar dan Pengarah Risda Negeri Terengganu, Esa Rahimin. - teganukite.net
Related Posts:
Sasar 300 Ahli UMNO Baru Dalam Tempoh Seminggu Ahmad Razif selepas Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Lapan Bahagian UMNO di Terengganu &nb… Read More
Kerjasama Kerajaan Negeri Dan AirAsia Tingkat Kedatangan Pelancong Ahmad Razif (tengah) meyaksikan MoA antara kerajaan negeri dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan… Read More
Segerakan Program Retreat Sebagai Persediaan PRU14- Ghazali Penganjuran Program Retreat Kepimpinan Sayap-Sayap UMNO di Terengganu perlu dipercepatkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multi… Read More
Ahli UMNO Kian Bersatu, Sedia Hadapi PRU14 Ahmad Razif memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini. Ftoto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail Parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini sud… Read More
Bekas Wanita UMNO Boleh Terus Berjuang Untuk Parti - Fatimah Mantan pemimpin wanita UMNO masih mempunyai ruang untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara walaupun mereka tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fati… Read More