Sunday, 4 February 2018
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihanraya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
Menurutnya, persempadanan semula itu bukan hanya dilakukan sekarang malah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
“Persempadanan semula kawasan pilihanraya itu sangat penting untuk memudahkan pengurusan sesebuah kawasan yang luas dan kepadatan penduduk yang tinggi.
Katanya, jika dilihat di sesetengah kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi ramai seperti di Kapar, Selangor tanpa persempadanan jumlah pengundinya boleh meningkat sehingga 160,000 orang bagi satu kawasan Parlimen.
Shabery berkata, ianya jelas tidak munasabah kerana jumlah yang terlalu besar tidak praktikal untuk sesiapapun bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Pada masa ini, Parlimen Kapar mempunyai sejumlah 146,000 orang pengundi yang berdaftar,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pegawai Seranta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pemaju Masyarakat Risda di Resort World Kijal (RWK), Kemaman semalam.
Menurut Shabery, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat untuk memberi kelebihan untuk Barisan Nasional (BN) dengan menambah majoriti BN di kawasan yang menang tipis pada PRU13.
“Hasil lawatannya ke Pulau Ketam, Kapar baru-baru ini beliau diberitahu oleh penduduk di sana bahawa Ahli Parlimen kawasan itu yang disandang pembangkang tidak pernah sampai ke pulau berkenaan,” katanya lagi. - teganukite.net
Related Posts:
Usaha Hantar 50 Sukarelawan Ke Bangladesh Di Peringat Perbincangan Hasrat kerajaan negeri untuk menghantar skuad Sukarelawan TTB (STTB) ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya masih di peringkat perbincangan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, STTB masih melaku… Read More
124 `Mahasiswa' SMKTB Diraikan Di Majlis Graduasi Jailani menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang SMKTB sempena majlis graduasi sekolah itu, semalam. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Seramai 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Baria… Read More
Gotong-Royong Bina Rumah Warga Emas Uzur Di Kampung Batu Kelikir A.Latiff (tengah) bersama sukarelawan melakukan kerja-kerja meroboh rumah lama milik Kelsom untuk pembinaan rumah baharu di Kampung Batu Kelikir, Pengkalan Berangan, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim. Dua… Read More
Warga Emas Uzur Bersyukur Terima Bantuan Rumah Baharu A.Latiff (tengah) menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur kepada Kelsom ketika menziarahi warga emas itu di Kampung Batu Kelikir, Marang. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim. Kehidupan seorang warga emas di Ka… Read More
Cari Keberkatan Dalam Bekerja-SUK Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail… Read More