Wednesday, 22 March 2017


Program Pengurus Kediaman yang diperkenalkan  menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu secara professional di seluruh Terengganu.

Pengarah YPKT,  Mohd Shafaruddin Mustaffa, berdasarkan rekod sebanyak 167 majikan  telah mendapatkan  perkhidmatan itu sejak diperkenalkan pada Mac 2015.

Manakala  184 individu yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR)  terdiri daripada golongan ibu tunggal, belia dan suri rumah telah dilatih menjadi Pengurus Kediaman secara profesional.

Katanya, ada majikan ingin mendapatkan dua orang pengurus kediaman sekali gus bagi menguruskan kediaman mereka secara professional.

“Faktor itu berkemungkinan bayaran pendahuluan yang dikenakan agak murah kira-kira RM2,000 bagi setiap pengurus kediaman  berbanding  jumlah RM14,000 yang perlu dibayar untuk mendapat perkhidmatan warga asing.

“Kebanyakan keluarga mahukan Pengurus Kediaman bagi menjaga ahli keluarga uzur, mengasuh anak dan mengurus kediaman,”katanya ketika dihubungi Teganukita..

Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya meneruskan program  sama dengan peruntukan tambahan  RM 1 Juta yang diperoleh daripada kerajaan negeri.

“Pelbagai program diatur dengan kerjasama Kolej Inforana,  termasuk kursus selama 10 hari, promosi, program kecergasan, bengkel pengkhususan perkhidmatan, bengkel celik IT dan program motivasi yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.


“Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada kepada yang layak, termasuk diitawarkan gaji minima RM1,000 sebulan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso, Insurans berkelompok, kemudahan Taska Permata Keluarga YPKT secara percuma,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • 500 Penduduk Besut Berpeluang Miliki Rumah Idris (tiga dari kiri) bersama Pehimi (dua dari kanan) Tengku Zaihan  melihat model Projek Perumahan Rakyat Jertih. Foto oleh Hasmizi Hamid dan Mohamad Ishak Masalah mendapatkan tempat tinggal yang lebih seles… Read More
  • PRU14 : Persempadanan Semula Kelebihan Untuk BN Oleh : Ezzuan AhmadPersempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pil… Read More
  • PRU14 : BN Yakin Rampas Semula Tujuh Kerusi  Oleh : Ezzuan Ahmad Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.Pengerusi Barisan Nasional Negeri Ter… Read More
  • PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • Penduduk Bandar Digalak Laksana Pertanian Bandar Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, … Read More

Demi Masa

SABTU, 21 Jun 2018
5:42 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75744
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan