Tuesday, 30 May 2017

Kehadiran sama Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Dato' Husien Awang menyambut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam (28 Mei)  dan kemudian berbuka puasa bersama-sama di Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama TPM di Masjid Tok Jembal, Dewan Undangan Negeri, Seberang Takir (kawasan yang diwakili Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman) membuka lembaran baru politik tanahair, khususnya di Terengganu.



Penulis melihat ini suatu perkembangan terbaru dalam pendekatan Pas, membasuh segala sikap dan tanggapan lama mereka terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apatah lagi, Husien tidak keseorangan tetapi bersamanya ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Mohd Khairuddin At Takiri dan Adun Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak yang disebut-sebut akan mengambil alih sebagai ketua di barisan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu,

Justeru itu, keputusan yang dibuat oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang melantik Husien tidak syak lagi dikatakan sebagai usaha mencari seorang pemimpin Pas di Terengganu yang boleh mendekatkan diri dengan pimpinan BN dan Umno setelah tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

Apakah ahli dan pengikut Pas di bawah boleh menerima pendekatan dan cara baru Pas ini, ia masih menjadi tanda tanya.

Namun hakikatnya ialah umat Islam perlu bersatu dan Pas tidak lagi seperti dulu menganggap Umno sebagai musuh,walaupun suatu ketika pernah menuduh Umno kafir melalui fatwa mereka (yang disebut Amanat Hadi).

Bersyukurlah sekarang pimpinan Pas telah kembali insaf dan mahu membuat pendekatan atau transformasi baru atau mungkin Islah.

Umno sentiasa menyambut baik, malah sentiasa bersangka baik dengan sikap dan pendekatan baru Pas itu.

Sama-samalah kita menunggu episod seterusnya, sikap Pas terhadap Umno, terutama menjelangnya PRU 14 tidak lama lagi. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tanah- Umno Tiru Pas? TANAH: BUAT APA UMNO/BN NAK TIRU PAS?Bahagian 1 "Rakyat dizalimi bayar beribu-ribu kepada juru ukur dan pihak tertentu; tetapi tanah tidak dapat pun" Apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Ra… Read More
  • 30 Hari Yang Tertib Berhemah Menelusuri perjalanan 30 hari atau sebulan Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan terlihat kepemimpinan yang cukup disenangi banyak pihak.    Mengu… Read More
  • A.RASHID NGAH HADIR WALAUPUN BERTONGKAT Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir , Dato' Haji Abdul Rashid Ngah (berkupiah) turut hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Besar, Dato ' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Pe… Read More
  • Pesuruhjaya Pas Terengganu Yang Baru Mesra Umno Dan KerajaanKehadiran sama Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Dato' Husien Awang menyambut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam (28 Mei)  dan kemudian berbuka puasa bersama-sama di Program Penerapan … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:15 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan