Wednesday, 14 December 2016


 Anak Kuala Terengganu, Siti Rahmah M Nasir, 29,  muncul juara dunia tiga kali, selepas meraih kemenangan terbaru, di pentas akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Arena Gor Lila Bhuana Denpasar, Bali, baru-baru ini.

Dalam kejohanan antarabangsa  selama seminggu berakhir Khamis lalu, yang disertai 40 negara, Siti Rajmah bersama Olahragawan Kebangsaan 2015, Al Jufferi, 24, dari Pahang yang pernah meraih kemenangan pada 2012 dan 2015 meneruskan hatrik itu untuk menumpaskan lawan masing-masing.


Siti Rahmah mengetepikan cabaran Nguyen Thi Yen dari Vietnam 5-0 dalam kelas Putri E, sementara Al Jufferi menumbangkan pesilat Thailand, Kuibrohem Kumaha 5-0 bagi kelas Putra E.

Ternyata selain latihan jitu dan perancangan Siti Rajmah sebelum melangkah ke final pada 8 Disember lalu untuk mengkaji dan menilai persembahan dari rakaman video pesaingnya dari Vietnam, Nguyen Thi Yen membuahkan hasil.

Pertemuan itu adalah ulangan final antara mereka berdua yang mana kali terakhir pada Sukan SEA Singapura, tahun lalu. 

Sebelum itu, pada aksi separuh akhir, dia menumpaskan lawan dari Belanda, Minouche Van Der Hoeven dengan keputusan 5-0.


Selain Siti Rajmah, seorang lagi anak Kuala Terengganu, Razak Ghazali, 28, turut meraih pingat emas untuk Malaysia bagi Kelas Putra D selepas menewaskan tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 3-2.

Kemenangannya itu juga memperbaiki pencapaian pingat perak yang diraihnya di Phuket, Thailand tahun lalu. - teganukite.net

Related Posts:

  • TRT Nekad Muncul Juara Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2 Barisan pemain TRT yang akan memulakan perlawanan pertamanya pada 11 Februari ini di Jerantut, Pahang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Ragbi Terengganu (TRT) meletakkan sasaran muncul sebagai juara Liga Ragbi Ma… Read More
  • Serikandi Sertai PTIWRBNM Di Kedah YDP Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama ahli-ahlinya yang lain pada majlis perasmian PTIWRBNM di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Seramai 28 peserta mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Waki… Read More
  • Kejohanan Motocross Besut Uji Ketahanan Mental, Fizikal Remaja Penganjuran aktiviti lasak Kejohanan Motorcross Besut mampu menjadi platform menarik pembabitan remaja mendekati program yang berfaedah dan menguji ketahanan fizikal serta mental melibatkan diri dalam sukan ekstrim. Kej… Read More
  • Kejohanan Bola Sepak MAYC Medan Cungkil Bakat Baru Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu menjadi medan terbaik mengenalpasti bakat baru dan mampu menjalin hubungan ukhuwah yang baik di kalangan belia.Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang Dato' Nik Dir Nik Wan Ku, ber… Read More
  • Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan Barisan pemain yang menyertai perlawanan persahabatan antara Ukom dan pengurusan T-Team di Sport Planet Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Budaya bersukan menjadi amalan baik bagi menjalani gaya hidup yang sihat terut… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
2:01 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75861
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan