Tuesday, 13 December 2016

Seorang kanak-kanak yang menjadi peserta pertama berkhatan beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu, boleh digelar sebagai `hero’ dan contoh terbaik kepada rakan sebaya lain, apabila hanya menunjukkan muka bersahaja serta langsung tidak menangis ketika dikhatankan petugas perubatan.

Ahmad Hafiz Danish Mohd Sharifudin, 10, dari Lorong Haji Da, Batu Buruk, yang ditemani ibunya, Hirza Aziz, 34, berkata dia sangat teruja menyertai acara itu bersama rakan-rakan yang lain, malah sudah nekad untuk tidak menangis sepanjang proses berkhatan itu.

“Hanya rasa sakit sedikit sahaja. Saya boleh menahan rasa sakit itu dan malulah kalau menangis depan orang ramai,”kata anak sulung daripada dua beradik itu.
Ibunya, Hirza pula bersyukur kerana Ahmad Hafiz selesai menjalani acara itu dan berjaya membuktikan kata-katanya sebelum itu untuk tidak menangis.

“Dia diumumkan sebagai  pemegang nombor giliran yang pertama, berupaya menjadi contoh kepada rakan dan peserta lain, supaya lebih kuat  serta tidak menangis sepanjang majlis berkhatan itu. Syukur semua selamat dan kini anak saya sudah melalui fasa baru melalui alam dewasa dan berjaya melaksanakan perkara wajib dalam Islam ini,”katanya kepada Teganukita. 


Hafiz antara 200 peserta berkhatan beramai-ramai yang terpilih dari keluarga berpendapatan rendah di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Program dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu,  Datuk Mohd Sabri Alwi, di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Sementara itu,  bagi Nik Mohd Farhan Nik Mohd Fazli, 10, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, pula dia sangat teruja untuk menyertai acara itu sejak tahun lalu, bagaimanapun tahun ini baru berpeluang menyertainya selepas dimaklumkan oleh bapanya, Nik Mohd Fazli Mat Yusof, 45, seminggu lalu.

“Saya gembira sebab dapat sertai acara ini secara percuma. Dapat kurangkan bebanan ayah yang kerja buruh kasar.
“Pada mulanya saya agak takut, tetapi sekejap sahaja rasa sakit itu semakin hilang. Lagipun ayah saya setia menemani sepanjang proses ini diadakan,”katanya.


Bagi Mohd Haikal Harraz Anuar, 10, dari SK Durian Burung, pula dia bertuah kerana terpilih menyertai acara itu bersama rakan yang lain dan  debaran berakhir apabila selamat dikhatan pegawai perubatan.

“Abah dan ummi saya sentiasa memberi kata-kata semangat supaya tidak gentar. Sekarang saya sudah selamat menjalani perkara wajib sebagai lelaki dalam Islam. Alhamdulillah,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu lagi. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pemimpin Bersama Komuniti Di Felda Selasih Meriah Lebih 2,000 hadir menjayakan program Pemimpin Bersama Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan yang diadakan di Felda Selasih, Parlime… Read More
  • KKMM Turun Padang Selami Jiwa Penduduk Pulau Redang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Program Menghubung dan Menyatukan (CTU) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Program dua hari berakhir Sabtu lalu, merupakan inisiatif baharu dalam usaha t… Read More
  • KRT Dan SRS Bantu Kurang Jenayah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman mengucapkan syabas kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di DUN itu. Berucap ketika hadir pada program Majlis Ramah Mesra S… Read More
  • RM5,000 Untuk Kelab Belia Seluruh Terengganu Kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 setahun kepada persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu yang aktif bagi menjalankan aktviti masing-masing untuk manfaat ahli. Pengerusi Persatuan Kelab-Ke… Read More
  • 60 Murid PPKI Berkhemah Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang be… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 19 Jun 2018
4:21 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75722
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan