Tuesday 17 July 2018

Noor Fadzil menyerahkan simbolik sumbangan kepada Prof. Dato' Dr. Tengku Mahmud.

Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyerahkan sumbangan berjumlah RM65,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat itu kepada masyarakat.

Sumbangan itu berupa keperluan asas dan wang zakat sebanyak RM 45,600 diserahkan kepada Yang Dipertua Perkaya, Prof. Dato' Dr. Tengku Mahmud Mansor dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di Asrama Perkaya Marang, Pulau Kerengga, pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan EPIC Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, program ini diwujudkan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Selain Perkaya, kita juga telah mengadakan program ini bersama beberapa maahad tahfiz di mana sumbangan ini diharap menjadi motivasi dan dorongan untuk anak-anak ini terus berusaha mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan ibu bapa dan guru," katanya.

Anak-anak PERKAYA bergambar bersama pihak EPIC Berhad.
Sumbangan ini merupakan agihan zakat tahun 2017 daripada keseluruhan RM4.5 juta yang dibayar menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Noor Fadzil juga berharap dapat memperbanyakkan lagi program seperti ini sebagai usaha membantu masyarakat. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan