Friday, 2 December 2016


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri ini kini tinggal tujuh orang dari tiga keluarga, selepas 301 orang sudah kembali ke rumah masing-masing sejak petang semalam.

Portal rasmi kerajaan negeri, etindakan.terengganu.gov.my, pada 9.30 pagi ini melaporkan masih terdapat satu pusat pemindahan yang dibuka di Kuala Terengganu, iaitu di Sekolah Kebangsaan Chendering.

Dua hari lalu, sebanyak 308 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman berikutan fenomena air pasang besar.

Kesemua mangsa difahamkan mengambil keputusan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat-peringkat selepas air surut dan mengambil peluang membersih dan mengemas rumah masing-masing yang terjejas selepas dinaiki air. - teganukite.net

Related Posts:

  • Insentif RM200,000 Untuk Azizulhasni Ahmad Razif menyerahkan replika cek berjumlah RM200,000 kepada Azizulhasni di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri menghadiahkan insentif keseluruhan berjumlah RM200,000 untuk&nb… Read More
  • Strategi NBOS Jayakan Program RTM Dekati Masyarakat Jalinan program bersepadu dan kolaborasi Inklusif antara Radio Televisyen Malaysia(RTM) dan Jabatan Kesihatan  melalui  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy) NBOS memberi impak positif dalam menja… Read More
  • Penjawat Awam Perlu Komited Laksana Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan penjawat awam agar komited dengan tugas yang diamanahkan.Katanya, komitmen yang jitu adalah perlu bagi memastikan apa yang diperkenalkan kerajaan diterim… Read More
  • Perhilitan Rampas Hidupan Liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya merampas hidupan liar bernilai lebih RM50,000 yang disyaki ditangkap sekumpulan lelaki, dalam serbuan berasingan di dua premis kediaman di … Read More
  • Panel Penasihat Sebagai Penghubung Masyarakat Dan Warga Emas Panel Penasihat Klinik Kesihatan di negeri ini perlu memainkan peranan sebagai penghubung bagi mengenalpasti warga emas dalam menjayakan Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas.Pengarah Kesihatan Negeri Tereng… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:56 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74701
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan