Sunday, 20 November 2016


KUALA TERENGGANU: Saringan ujian air kencing terutama kepada guru-guru yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah telah lama dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata tahun ini tiga guru dikesan terlibat dalam jenayah itu dan seorang daripada mereka telah ditamatkan perkhidmatan manakala dua orang lagi dalam proses untuk dikenakan tindakan.


"JPNT akan membuat saringan air kencing kepada guru yang mempunyai masalah disiplin berdasarkan aduan pengetua dan guru besar sekolah.


"Di Terengganu juga, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta sekolah membuat inisiatif sendiri untuk melakukan ujian air kencing kepada kakitangannya secara sukarela.


"Bagaimanapun, peratusan guru terlibat penyalahgunaan dadah itu sangat kecil berbanding lebih 23,000 guru yang terdapat di seluruh negeri ini dan ia adalah kes yang sangat terpencil," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahu Jabatan Pendidikan di setiap negeri bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan saringan air kencing terhadap guru yang berisiko terlibat penyalahgunaan dadah sekiranya perlu.


Ia berikutan penahanan seorang guru lelaki berusia 33 tahun di Miri, Sarawak, yang didakwa mengedar dadah.


Mengulas lanjut, Shafruddin berkata jabatan juga meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihaknya sekiranya terdapat tingkah laku guru atau kakitangan yang mencurigakan.


"Sebagai guru, mereka perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana mereka turut dijadikan idola oleh pelajar dan perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya sangat besar.
Jabatan sangat mengalu-alukan kerjasama komuniti untuk membanteras penyalahgunaan dadah ini secara habis-habisan," katanya.

-- BERNAMA

Related Posts:

  • PRU14: Tiga Sekawan Bakal Rebut Kerusi Langkap Sabri bersama dua calon dari parti lawan Azmi (kiri) dan Mustaffa (kanan) Tiga sekawan yang juga anak peneroka dari Felda Chalok, Kampung Rahmat, Setiu bakal bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langk… Read More
  • PRU14: Pertembungan Tiga Penjuru Di Kuala Nerus Calon BN Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kerusi Parlimen Kuala Nerus dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN… Read More
  • PRU14 : Kuasa Wanita Penentu Kejayaan BN Kuasa wanita menjadi penentu utama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To' P… Read More
  • 900 Ibu Tunggal Di DUN Batu Rakit Terima Sumbangan Halina menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal. Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 900 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN)… Read More
  • PRU14: BN Yakin Rampas Kembali Kuala Nerus Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Menteri Besar Terengganu itu berk… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:39 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan