Sunday, 16 July 2017
Dewan Undangan Negeri(DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baru di Terengganu.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini berdasarkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Manir, Yusof Awang Hitam atau lebih dikenali sebagai Pok Usop dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Manir.
Jelasnya, Pok Usop seorang pemimpin setempat yang sentiasa dilihat akrab mendampingi masyarakat melalui pelbagai gerak kerja dan sentiasa bersungguh dalam menjalankan tugasnya kepada orang ramai.
"Saya berharap rakyat Manir dapat memikirkan sebaik-baiknya terutama dalam menghadapi PRU14 akan datang dalam membuat pilihan.
"Moga dengan apa yang Pok Usop buat ini akan beri kekuatan kepada kita semua terutama UMNO Terengganu supaya kerusi DUN Manir yang dah lama kita tunggu ..kita akan dapat kembali pada PRU14 dengan satu sejarah dan satu rekod baru bakal tercipta di Terengganu pada kali ini,"kata beliau ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka DUN Manir di Pulau Bahagia, semalam.
Turut hadir,Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah;Yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong;Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari; ADUN Telemong,Dato' Rozi Mamat, ADUN Ajil,Ghazali Taib dan ketua-ketua jabatan.
Selain menjamu selera, majlis yang bermula seawal pukul 8 malam turut dihadiri lebih 10,000 penduduk sekitar yang turut mengambil peluang bertemu dan bersalaman dengan Menteri Besar dan isteri.
Yusof berkata, beliau mewakili penduduk DUN Manir cukup terharu kerana Menteri Besar tidak jemu-jemu untuk turun padang menjenguk rakyat DUN itu dalam pelbagai program yang dianjurkan sebelum ini.
“Sambutan di sini agak berbeza berbanding DUN atau Parlimen yang lain kerana kita adakan pada waktu malam. Selain kawasan persekitaran diterangi cahaya lampu dan tembakan bunga api, kehadiran pengunjung setiap kali Rumah Terbuka diadakan cukup memuaskan,” katanya kepada Teganukita.
Selain itu, pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan persembahan lagu raya dari artis terkenal Ameng Spring,artis Pentarama dan anak kepada penyanyi Saleem Iklim yang semakin meningkat populariti, Nursyafiq Farhain. - teganukite.net
Related Posts:
Sidang DUN Pertama Penentu Hala Tuju Negeri Dr. Ahmad Samsuri memberikan duit raya kepada pengunjung cilik yang hadir di majlis hari raya DUN Rhu Rendang. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama d… Read More
420 Anggota, Pegawai Polis Bertugas Pada Op Selamat 13/2018 Seramai 420 anggota polis Terengganu bertugas sepanjang dua minggu Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri bermula 8 Jun lalu hingga 22 Jun ini. Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail berkata, ianya bagi membolehkan p… Read More
5,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka ADUN Sura Ahli Parlimen Dungun bersalaman dengan pengunjung yang hadir. Seramai 5,000 penduduk di sekitar Dungun menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Jamuan Kesyukuran di Dewan Arena Square, … Read More
Tabung Darul Iman Ditambah BaikKerajaan Negeri akan meneruskan dan menambah baik Tabung Darul Iman yang diwujudkan kerajaan sebelum ini demi dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Terengganu yang memerlukan bantuan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangu… Read More
Belanja RM1.8 Juta Untuk Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar al-Quran Ahmad Samsuri mengagihkan bayaran bonus kepada guru pintar al-Quran. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta sebagai bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pint… Read More