Sunday, 16 July 2017
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) menasihatkan kepada orang ramai khususnya pembeli supaya lebih berhati-hati dalam urus niaga atas talian bagi menggelakkan mereka menjadi mangsa penipuan aktiviti perniagaan pihak tidak bertanggungjawab.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, pembeli perlu berwaspada ketika melakukan sebarang bentuk urus niaga atas talian dan jangan mudah mempercayainya tanpa usul periksa.
"Jika merasa curiga dengan urus niaga berkenaan,laporkan segera kepada
pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan.
"Jangan buat pembelian daripada orang yang tidak boleh dipercayai dan juga jangan mudah percaya serta lakukan bayaran untuk sebarang iklaneka yang ditemui di mana-mana platform," kata Jailani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengajian Tahseen Al-Quran Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.
Jailani turut berkata jika orang ramai ingin berurus niaga atas talian,mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesahihan status perniagaan bagi menggelakkan menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Pastikan peniaga atas talian ini berdaftar telah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kalau rasa di tipu,pembeli boleh buat laporan kepada pihak berkuasa dan ini memudahkan polis, KPDNKK untuk melakukan siasatan jika berlakunya sebarang kes penipuan.
" SKMM sedia membantu mereka dari segi teknikal. Jadi, jika ada yang rasa terpedaya jangan malu untuk tampil buat laporan," jelasnya.
Semalam, beliau mendedahkan sejak Januari 2016 hingga bulan lalu,SKMM menyekat 1,990 laman web yang menipu pelanggan. - teganukite.net
Related Posts:
Galeri Antartika Akan Dibangunkan Di PSKT Sultan Terengganu berkenan merasmikan program Malaysian International Seminar on Antarctica (MISA) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri bercadang membuka galeri Anta… Read More
Skim Khas RTB Dibuka Mulai Hari Ini, Pemohon 21 Tahun Ke Atas Ahmad Razif menunjukkan lamang sesawang permohonan skim khas RTB yang turut boleh diakses melalui telefon pintar. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail Rakyat Terengganu khususnya golongan kurang berkemampuan menerima khabar g… Read More
Sidang DUN : Terengganu Lulus Bajet Tambahan RM100 Juta Menteri Besar ketika berucap menggulung usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sidang Dewan Undangan … Read More
Sultan Mizan Kembali Beraksi Sukan SEA 2017 Sultan Mizan berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu lalu. Fot… Read More
Sidang DUN: Tambahan Peruntukan RM32 Juta, Mampu Bina 800 Rumah PPRT Sebanyak RM32 juta peruntukan tambahan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat bakal memberi manfaat kepada 800 keluarga miskin untuk membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT… Read More