KUALA TERENGGANU: Akibat pemandu diserang sawan, kren mudah alih merempuh sebuah kereta Proton Wira, sebelum menyeretnya sejauh kira kira 15 meter.
Bagaimanapun pemandu kereta yang berusia 35 tahun sempat menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kenderaannya.
Insiden berlaku kira-kira jam 3.40 petang berhampiran sebuah stesen minyak di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Ketika kejadian, pemandu kren berusia 36 tahun dikatakan memandu kenderaan itu keluar dari tapak projek ke laluan di jambatan berkenaan secara melawan arus.
Bagaimanapun, sejurus kemudian kren berkenaan hilang kawalan apabila pemandunya dipercayai diserang penyakit sawan lalu merempuh sebuah kereta yang menghala ke bandar Kuala Terengganu.
Insiden itu mengakibatkan pemandu kren mengalami kecederaan ringan pada bahagian dada, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. - Astro Awani
Related Posts:
Kerajaan Negeri Lulus RM40,000 Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM40,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pengadang Baru, Kepong, Kuala Terengganu bagi membina kediaman baharu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, p… Read More
Sambutan Aidilfitri Permata Bersama MB 15 Julai Ini
Mahasiswa anak Terengganu (Permata) dijemput untuk menyertai Sambutan Aidilfitri PERMATA bersama MB (Menteri Besar) Terengganu di kediaman Seri Iman Kuala Terengganu pada 15 Julai (Sabtu) jam 8 malam.
Yang Dipertua Perma… Read More
Terengganu Tawar 5,900 Lot Tanah Untuk Rakyat Bina Rumah
Ahmad Razif (tengah) bersama bergambar bersama sebahagian Penolong Pegawai Tanah di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di … Read More
Penjawat Awam Agen Transformasi Kerajaan - MB
Ahmad Razif membetulkan tali leher seorang pelajar sebelum mengagihkan duit raya kepadanya dan sekumpulan pejar lain di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra
… Read More
Terengganu Utamakan Subjek Sains, Matematik Dan BI Untuk Kekal Cemerlang Peperiksaan Awam
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan memberi tumpuan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini dalam memastikan Terengg… Read More