Sunday 20 November 2016


Kuala Lumpur – Negeri pantai timur Terengganu memperkenalkan ‘Beutiful Terengganu’ sebagai strategi produknya dalam usaha ke arah Tahun Melawat Terengganu 2017.
Tema pada tahun ini adalah There’s More To Terengganu Than What You Know, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Terengganu akan mempertingkatkan aktiviti permasaran untuk menarik pelbagai segmen sasaran. Aktiviti-aktiviti akan direka untuk merangsang purata perbelanjaan pelancongan dan tempoh pelancongan bercuti. Terengganu yakin mampu mencapai sasaran seramai 6.5 juta ketibaan pelancong.
Kerajaan negeri mengiktiraf pelancongan sebagai teras ekonomi penting dan telah memulakan program intensif untuk membangunkan dan mendorong sektor pelancongan di Terengganu. Tahun Melawat Terengganu 2017 akan memaparkan aspek kepelbagaian budaya, sejarah dan tarikan semulajadi negeri.

Pencapaian pada tahun 2015 telah berjaya meraikan dengan hampir 5 juta pelawat, di mana 16 peratus daripadanya merupakan pelancong luar. Kempen ini akan merangkumi strategi pasaran khusus di luar sasaran biasa terutamanya pelawat yang mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan keinginan tinggal lebih lama.
Terengganu mempunyai lebih darpada 300 hotel dan tempat penginapan jenis homestay di sekitar negeri. Peluang ekonomi dan mengalu-alukan pelaburan-pelaburan bagi menyokong industri pelancongan seluruh negeri.
“Terengganu merupakan negeri yang cukup unik dan mampu memenuhi keperluan pelancong dari dalam dan luar negara. Mempunyai pelbagai daya tarikan dari segi warisan budaya, sejarah, makanan dan aktiviti luar. Tahun Melawat Terengganu 2017 secara khususnya dan umunya ia adalah sebahagian pelan transformasi strategik kami bagi kepelbagaikan penjanaan pendapatan ekonomi negeri. Matlamat kami adalah untuk memacu sektor pelancongan negeri Terengganu agar menjadi antara penyumbang GDP utama,” kata YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif.
Sumber : Harian Metro

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan